Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Monday, March 28, 2011

Suara Kampus



Menjemput mahasiswa beramai-ramai memeriahkan aktiviti pertama PMUKM 2010/2011.


~Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti~

Selamat Menghadapi Peperiksaan


Selamat maju jaya saya ucapkan buat rakan-rakan mahasiswa sekalian.

Together we prevail.

Perutusan sulung MPM FPER 2010/2011

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Pertama-tamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan dan limpahan nikmatNya. Semoga kita berada di kalangan orang yang bersyukur. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga Fakulti Perubatan atas sokongan dan dokongan serta memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada saya dalam menjadi wakil Fakulti Perubatan, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010/2011.Sokongan dan dokongan anda sangat dihargai.

Teman seperjuangan sekalian,

Menjadi pemimpin bukanlah satu impian tetapi atas rasa kesedaran serta kecenderungan dalam membantu rakan-rakan saya tampil ke hadapan. Tanggungjawab ini bukanlah satu pengharagaan tetapi tanggungjawab ini adalah satu amanah yang tidak sesekali di pandang ringan. Besar harapan dan cita-cita saya agar dapat menghulurkan bantuan semaksima mungkin kepada kalian. Oleh itu, saya berharap rakan-rakan dapat meneruskan sokongan anda semua bagi merealisasikan impian kita bersama.

Suara anda keutamaan saya, saya berharap rakan-rakan sekalian dapat bersama-sama saya dalam memperjuangkan hak kita bersama. Hak kebajikan,akademik, berpersatuan dan sebagainya. Kini saya menjadi medium antara kita semua selaku mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti. Justeru itu, sebarang masalah serta aduan anda semua, boleh disalurkan kepada saya. Insyallah saya akan berusaha seoptimum yang mungkin dalam menyelesaikan masalah kita bersama.

Mahasiswa/i sekalian,

Mahasiswa Intelek Mahasiswa Dinamik. Seorang mahasiswa bukan hanya sekadar insan yang hanya duduk menelaah buku di bangku kelas sahaja akan tetapi mahasiswa itu seharusnya mempunyai daya intelek, daya pemikir yang kreatif dan inovatif untuk membantu pembaharuan (dinamik) demi kebaikan masyarakat sejagat. Bertepatan dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melahirkan ramai cendiakawan dalam membangunkan masyarakat dinamis dan berakhlak mulia serta mengantarabangsakan citra dan sumbangan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi masyarakat sejagat.

Oleh itu, saya seru kepada rakan-rakan sekalian, marilah kita bersama-sama menggunakan sisa-sisa masa yang ada di bumi UKM ini untuk membina daya intelek dan daya dinamik. Gunakanlah sebaik mungkin masa yang ada supaya kelak dapat menabur bakti kepada masyarakat. Mari bersama merealisasikan visi UKM iaitu bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Akhir kata, marilah kita berganding bahu untuk mengutarakan pandangan dan hasrat kita dari kaca mata seorang mahasiswa dalam menjayakan visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekian Terima kasih


‘MAHASISWA INTELEK MAHASISWA DINAMIK’





MOHAMAD IDRUL MOHAMAD DAUD
PENGERUSI BIRO AKADEMIK DAN INTELEK
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM 2010/2011

Wednesday, March 9, 2011

laman rasmi

Jemputan ke laman rasmi blog Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2010/2011 (MPMUKM). Sebarang aduan, cadangan dan penambah baikan amatlah dialu-alukan.

MPMUKM 2010/2011

Dari mahasiswa untuk mahasiswa.
Suara anda keutamaan kami.
Terima kasih.