Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Showing posts with label Kalam MPP Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Kalam MPP Mahasiswa. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Imam Hassan Al-Banna


Tanggal 12 Februari 1949, syahidnya seorang pendakwah terulung dan reformis Islam, Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau dikenali Imam Hassan Al-Banna. Pemergiannya yang dipenuhi dengan konspirasi yang dirancang musuh Islam yang tidak senang dengan gerakan dakwahnya. Beliau ditembak di hadapan Pejabat Ikhwanul Muslimin bersama adik iparnya, Abdul Karim Mansur. Dua orang yang tidak dikenali menerpa dan menembak beliau dan adik iparnya. Sebanyak tujuh das tembakan terkena Imam Hassan Al-Banna. Beliau dibawa ke hospital dan dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar. Tiada sebarang rawatan diberikan kepadanya dan akhirnya Hassan Al-Banna meninggal dunia pada tengah malamnya. Kemudian, jenazahnya dihantar ke rumahnya. Pihak tentera memberi amaran bahawa tiada yang boleh bersuara, tidak boleh ada takziah dan hanya ahli keluarga sahaja yang menguruskan jenazahnya serta pengebumiannya mesti diselesaikan jam sembilan pagi keesokan harinya. Jenazah Imam Hassan Al-Banna diuruskan oleh bapa yang melewati usia 90-an ketika itu. Jenazah hanya disolatkan oleh bapanya serta ahli keluarganya sahaja.Apa yang lebih mendukacitakan, Raja Farouk I telah menangguhkan hari jadinya daripada 11 Februari ke 12 Februari untuk sama berpesta meraikan dengan mereka yang meraikan kematian insan terulung ini. 
Imam Hassan Al-Banna hanyalah berumur 43 tahun sewaktu beliu dibunuh. Selama 43 tahun beliau hidup, masa beliau banyak dihabiskan dengan mencurah keringat, bakti kejayaan-kejayaan yang agung dan pendirian yang besar, yang kesannya sentiasa disebut-sebut sepanjang zaman. Sesungguhnya 43 thun merupakan angka yang singkat, tetapi ia diisi dengan ketekunan dan amalan yang berterusan, usaha yang dicurahkan tidak dapat dibandingkan dengan umurnya yang singkat. Imam Hassan Al-Banna telah mencetuskan banyak fenomena kepada perkembangan Islam dan menjadikan rujukan kepada para gerakan Islam di seluruh dunia.

Sebelum kematiannya, Hassan Al-Banna telah meninggalkan 10 wasiat yang begitu berharga untuk semua jemaah Islam. Sepuluh wasiatnya itu ialah:
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Al-Fatihah ke atas As-Syahid Imam Hassan al-Banna

Sumber dari : Facebook PMUKM

Wednesday, January 2, 2013

Kursus Kahwin 2013 PMUKM





[KURSUS KAHWIN 2013]

Anjuran : MPP Perubatan PMUKM 2012/2013
Dengan kerjasama : JAWI 
Tarikh: 5 & 6 Jan 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8 pagi - 5 ptg (Sabtu) & 2 - 6 ptg (Ahad)
Tempat: Auditorium Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras. 

Friday, November 30, 2012

Isu Kelewatan Biasiswa JPA..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1.Pada 28 November 2012 (Rabu) telah pun berlalu sesi dialog kebajikan JPA bersama mahasiswa/i di Auditorium PPUKM dengan jayanya. Di peringkat MPP dan PERSIAP amat berpuas hati dengan perjalanan sesi dialog 2 hala yang dikira efektif dan tercapai objekti
fnya. Antaranya :

- penerangan lebih jelas berhubung sebab dan faktor kelewatan kemasukan biasiswa JPA
- langkah mengatasi dan keputusan rasmi tarikh kemasukan biasiswa iaitu pada 29 November 2012 (khamis)
- jaminan kemasukan biasiswa
- muhasabah tentang kepentingan pengurusan wang, masa dan prestasi akademik
- cara mengatasi kesilapan yang sama pada masa akan datang
- isu "claim" tiket kapal terbang mahasiswa/i yang berasal dari Sabah dan Sarawak
- isu "claim" latihan amali sebanyak rm900 setiap semester
- dan isu-isu yang lain.

2. Dengan rendah hati, kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dengan baik. Komunikasi yang efektif di antara mahasiswa/i dengan wakil pemimpin mahasiswa juga dengan pihak atasan telah berjaya membentuk suatu jalinan yang kukuh dan diharapkan agar berterusan dan dipertingkatkan.

3. Selain daripada isu ini, terdapat banyak lagi isu kebajikan yang masih belum disuarakan dan diambil tindakan. Sebagai contoh isu kafe, kecurian dan sebagainya. Untuk itu, pihak kami menyeru dan mengajak agar mahasiswa/i dapat meluangkan masa dan menghubungi kami supaya setiap masalah dapat diatasi dengan seberapa segera.

4. Daripada mahasiswa untuk mahasiswa. Suatu kepimpinan dianggap berjaya dan membumi apabila adanya konsistensi dalam komunikasi dan saling membantu secara ikhlas. Akhir kata, sebarang cadangan dan persoalan amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.



Kenyataan bersama.

1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)

2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM

sesi dialog yang dipengerusikan MPP Faiz
antara mahasiswa yang hadir
penyampaian cenderamata kepada wakil-wakil JPA
penyampaian cenderamata kepada En.roslan ketua unit kebajikan JPPeL

Friday, September 16, 2011

Ucapan Presiden PMUKM sempena Hari Malaysia 2011


Memaknai 16 September

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia esok dengan penuh kebanggaan.

MEMAKNAI HARI MALAYSIA
Tanggal 16 September 1963, telah terbentuk sebuah negara baru di peta dunia yang diberi nama ‘Malaysia’ ; hasil gabungan negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Bertitik mula daripada pembentukan Malaysia yang berdaulat, kini negara kita pesat membangun dan telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah sebuah negara yang maju di kalangan negara-negara membangun.

Kemerdekaan yang disambut juga seharusnya bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai perarakan Merdeka.

Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati dan minda. Seharusnya masyarakat dididik dan dipupuk untuk melahirkan jiwa yang merdeka. Ia juga harus dihadami dan merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama memaknai Hari Malaysia ini dengan memerdekakan sepenuh jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman warisan penjajah demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.

INTERGRITI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA BERDAULAT
Agenda integriti yang digariskan di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 4 Mac 2004 secara signifikannya menggambarkan usaha serius kerajaan untuk membentuk nilai integriti di peringkat akar umbi pentadbiran.

Dua prinsip asas nilai integriti untuk para pentadbir dan kakitangan awam capai ialah pemantapan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik, dan peningkatan integriti institusi pentadbiran jabatan masing-masing.

Integriti secara umumnya merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan rapat dengan etika. Dalam konteks semasa, integriti berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari.

Budaya etika dan integriti yang giat dipromosikan di segenap peringkat pentadbiran kakitangan awam adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Seruan kepada semua pihak khususnya bagi warga Universiti tidak kira di peringkat mahasiswa ataupun kakitangan Universiti bersama-sama menyahut pembudayaan integriti dan menyemai di peringkat urus tadbir kerja kita seharian.

APLIKASI NILAI-NILAI TERAS INTEGRITI AKADEMIK
Di kesempatan ini juga suka untuk saya tekankan kembali enam (6) Nilai Teras Integriti Akademik yang terkandung di dalam Garis Panduan Integriti Akademik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak khususnya yang berada di bidang akademik di bumi perbukitan ilmu di UKM, iaitu:

(i) Amanah - Amanah merujuk kepada kesungguhan ahli akademik dalam memenuhi kepercayaan, kewajipan dan tanggungjawab yang diberikan. Amanah akademik merangkumi peningakatan ilmu, penyampaian yang berkesan, dan memberi khidmat serta pandangan tanpa rasa takut atau mengharapkan pujian. Ahli akademik melaksanakan tugas dengan tanggungjawab dan menghayati skop kerja serta komited terhadap tuntutannya. Ahli akademik juga tidak terlibat dalam rasuah dan tidak menyalahguna kuasa.

(ii) Bijaksana – Identiti ahli akademik yang cemerlang tergambar menerusi kebijaksanaannya dapat menggunakan akal budi dalam menjalankan tugas agar matlamat tercapai. Ia terangkai daripada pengalaman, ilmu dan kemahiran yang menjadikan ahli akademik itu seorang budiman.

(iii) Akauntabiliti - Ahli akademik berupaya dan bersedia dipertanggungjawabkan di atas semua tindakannya dengan penjelasan dan justifikasi yang rasional dan objektif.

(iv) Hormat – Konsep ‘Hormat’ itu menerima kepelbagaian sudut pandangan dan menghargai semua bentuk sumbangan yang mempertingkat kualiti akademik. Berbahasa dan kesopanan ditekankan dalam sebarang hubungan kerja, tanpa mengira status, umur dan gender.

(v) Telus - Tidak ada tindakan akademik yang perlu disembunyikan daripada pihak berkepentingan (stakeholders). Setiap keputusan yang dicapai adalah menerusi proses yang jelas strukturnya dan dapat dibuktikan kesahihannya.

(vi) Adil - Ahli akademik tidak wajar berprasangka, tidak berat sebelah dan tidak memilih kasih dalam menjalankan tugas.Ahli akademik juga wajar membahagikan masa dan prihatin serta secara wajar dan sesuai kepada semua yang memerlukan kepakarannya.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI
Barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) pada sesi kali ini komited untuk bersama-sama mahasiswa UKM dalam menjaya dan merealisasi visi, misi dan wawasan UKM. Berlandaskan Falsafah UKM yang telah menyebut  “Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” , maka gagasan ‘Realisasi Varsiti’ dilihat selari dengan pembawakan penghayatan Falsafah UKM.

Berteraskan intisari paduan ILMU,IMAN dan AMAL , pembawakan PMUKM sesi ini juga dilihat semakin mendapat respon yang baik di kalangan kakitangan Universiti dan mahasiswa UKM sendiri.

Manakala sikap kebersamaan di kalangan mahasiswa dalam merealisasi dan menjayakan visi, misi dan gagasan varsiti juga dilihat bakal menjadi kunci kepada kejayaan mahasiswa. Usaha-usaha yang dilakukan oleh PMUKM sebagai badan induk persatuan mahasiswa dilihat tidak akan mendatangkan hasil sekiranya ada pihak-pihak yang tidak memberi kerjasama dalam menyokong dan mendokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Justeru di kesempatan sempena Hari Malaysia ini, saya sekali lagi selaku Presiden Persatuan Mahasiswa UKM sesi 2010-2011 ingin menyeru rakan-rakan bersama-sama menghayati erti sebenar Hari Kemerdekaan.

Semoga ulang tahun kemerdekaan dan hari Malaysia ini bakal membawa makna yang mendalam kepada semua warga kampus dan juga rakyat Malaysia amnya.

Selamat Hari Malaysia.


LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi
Presiden 
Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

http://pm-ukm.blogspot.com

Monday, April 11, 2011

Selamat Menempuhi Peperiksaan


Musim Peperiksaan di Fakulti Perubatan masih lagi rancak tanpa henti lagi, Kali ini warga Fakulti Perubatan yang baru sedang bertungkus-lumus dalam peperangan pensil dan kertas. Diharapkan pelajar-pelajar Perubatan Kecemasan dapat menempuhi peperiksaan dengan jayanya. Selamat Menduduki Peperiksaan . Kami seluruh warga Fakulti Perubatan mendoakan kejayaan anda semua.




Perspektif Peperiksaan


Peperiksaan itu bukan satu upacara penamat sesi akademik
Peperiksaan itu adalah kayu pengukur
Mengukur tahap presatasi akademik
Supaya kelak dapat kita bermuhasabah diri. 


Monday, March 28, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan


Selamat maju jaya saya ucapkan buat rakan-rakan mahasiswa sekalian.

Together we prevail.

Perutusan sulung MPM FPER 2010/2011

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Pertama-tamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan dan limpahan nikmatNya. Semoga kita berada di kalangan orang yang bersyukur. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga Fakulti Perubatan atas sokongan dan dokongan serta memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada saya dalam menjadi wakil Fakulti Perubatan, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010/2011.Sokongan dan dokongan anda sangat dihargai.

Teman seperjuangan sekalian,

Menjadi pemimpin bukanlah satu impian tetapi atas rasa kesedaran serta kecenderungan dalam membantu rakan-rakan saya tampil ke hadapan. Tanggungjawab ini bukanlah satu pengharagaan tetapi tanggungjawab ini adalah satu amanah yang tidak sesekali di pandang ringan. Besar harapan dan cita-cita saya agar dapat menghulurkan bantuan semaksima mungkin kepada kalian. Oleh itu, saya berharap rakan-rakan dapat meneruskan sokongan anda semua bagi merealisasikan impian kita bersama.

Suara anda keutamaan saya, saya berharap rakan-rakan sekalian dapat bersama-sama saya dalam memperjuangkan hak kita bersama. Hak kebajikan,akademik, berpersatuan dan sebagainya. Kini saya menjadi medium antara kita semua selaku mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti. Justeru itu, sebarang masalah serta aduan anda semua, boleh disalurkan kepada saya. Insyallah saya akan berusaha seoptimum yang mungkin dalam menyelesaikan masalah kita bersama.

Mahasiswa/i sekalian,

Mahasiswa Intelek Mahasiswa Dinamik. Seorang mahasiswa bukan hanya sekadar insan yang hanya duduk menelaah buku di bangku kelas sahaja akan tetapi mahasiswa itu seharusnya mempunyai daya intelek, daya pemikir yang kreatif dan inovatif untuk membantu pembaharuan (dinamik) demi kebaikan masyarakat sejagat. Bertepatan dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melahirkan ramai cendiakawan dalam membangunkan masyarakat dinamis dan berakhlak mulia serta mengantarabangsakan citra dan sumbangan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi masyarakat sejagat.

Oleh itu, saya seru kepada rakan-rakan sekalian, marilah kita bersama-sama menggunakan sisa-sisa masa yang ada di bumi UKM ini untuk membina daya intelek dan daya dinamik. Gunakanlah sebaik mungkin masa yang ada supaya kelak dapat menabur bakti kepada masyarakat. Mari bersama merealisasikan visi UKM iaitu bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Akhir kata, marilah kita berganding bahu untuk mengutarakan pandangan dan hasrat kita dari kaca mata seorang mahasiswa dalam menjayakan visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekian Terima kasih


‘MAHASISWA INTELEK MAHASISWA DINAMIK’





MOHAMAD IDRUL MOHAMAD DAUD
PENGERUSI BIRO AKADEMIK DAN INTELEK
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM 2010/2011