Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Prof Muhaya

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Prof Muhaya telah terpilih untuk menerima Anuokoh Ilmuan Selangor 2010 oleh Kerajaan Negeri Selangor. Anugerah ini diwujudkan bagi memberi penghormatan kepada para ilmuan yang berjasa kepada masyarakat dan negara. Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, sumbangan besar tokoh ini diharapkan dapat membangkitkan suasana keilmuan dan menyambung usaha menjadikan negeri ini sebagai hub ilmu ilmuan dan pendidikan.



Tidak dapat dinafikan, sumbangan Prof Muhaya kepada masyarakat sangat besar. Beliau sering kali muncul di kaca televisyen dan juga di radio-radio tempatan bagi memberi motivasi kepada masyarakat. Beliau telah menjadi ikon siaran motivasi di televisyen khususnya Dari Mata Turun ke Hati di Astro.

Ketika ditemui seusai majlis, Prof Muhaya melahirkan rasa yakin dengan program membangunkan modal insan yang dipelopori oleh jawatankuasa diketuai Dr Halimah, SPIES selama ini. Rakyat Selangor hendaklah menghayati SPIES kerana ia dapat membawa manusia kearah yang lebih positif.

Tahniah buat Prof Muhaya yang telah menerima anugerah tersebut. Mahasiswas UKM seharusnya mengambil contoh daripada beliau yang juga merupakan graduan UKM. Dengan ini, diharapkan kita semua lebih bersemangat untuk berbakti kepada negara, agama, dan bangsa.

No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"