Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Thursday, May 12, 2011

OPS......PENSEL

             OPS.........PENSEL
 

            Pada 6-11 Mei, bersempena dengan minggu peperiksaan pelajar kejururawatan,MPP Idrul bersama setiausaha kerja beliau telah melancarkan program OPS Pensel. Program ini dijalankan di ketiga-tiga lokasi kediaman pelajar yang meliputi kolej dalam (KTDI), Laman Midah dan Prisma. Hasil kerjasama daripada semua SUK, program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Program ini merupakan salah satu tanda sokongan MPP Idrul kepada pelajar kejururawatan. Walaupun berlainan bidang tetapi beliau sedar akan hakikat bahawa pelajar perubatan dan kejururawatan adalah berada di bawah satu fakulti yang sama dan merupakan satu komuniti. Beliau menyedari akan jurang perbezaan yang wujud  di antara pelajar dua bidang ini dan beliau berharap program seperti ini dapat sedikit sebanyak meruntuhkan jurang tersebut.
                
           Kami di pihak MPP Fakulti Perubatan ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar kejururawatan. Semoga apa yang terbaik sentiasa mengiringi kalian semua.




 

Tuesday, May 10, 2011

Ribut Aere Punca Panas Luar Biasa


KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.

“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.

Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya.

Cuaca panas dijangka berakhir minggu depan


KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.

sumber : berita harian

BENGKEL PELAKSANAAN KOKURIKULUM BERKREDIT BERASASKAN KONTRAK PEMBELAJARAN


Pada 6-8 Mei 2011 yang lalu, seramai 6 orang wakil MPP UKM yang menghadiri Bengkel Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran di Hotel Avillion, Melaka iaitu  saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi selaku Presiden, Mohd Ezuan Mohd Saad (Setiausaha Agung), Nurazidah Mashan (Bendahari Kehormat), Phang Siew Chin (Naib Presiden 1), Mohamad Idrul Mohamad Daud (Pengerusi Biro Akademik). Turut menghadiri bengkel ini adalah Prof Dato' IR Dr Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa serta semua Timbalan Pengetua Kolej, Timbalan Dekan Fakulti, Ketua-ketua Jabatan, dan lain-lain.

Antara objektif bengkel ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Memberikan maklumat tentang konsep kontrak pembelajaran dan peranan pusat pembelajaran dalam melaksanakan aktiviti/projekk berasaskan kontrak pembelajaran.
  • Mendapatkan input dalam membina contoh aktiviti/projek kokurikulum berasaskan kontrak pembelajaran.
  • Memberi pemahaman dan kaedah penilaian kepada pelajar berasaskan kontrak pembelajaran.
  • Mendapat input dan maklumat tambahan dalam menambah baik kontrak pembelajaran yang sedang dijalankan.
Dalam bengkel ini juga, praktikal kepada kontrak ini dilaksanakan bermula dengan penyediaan kertas kerja program sehinggalah kepada tamatnya proses kontrak pembelajaran dan akhir sekali, setiap MPP dikehendaki membentangkan hasil kontrak pembelajaran kepada semua pentadbir UKM.

Apa Itu Kontrak Pembelajaran @ Learning Contract?

Kontrak pembelajaran dalam konteks UKM adalah persetujuan bersama antara pelajar dengan pensyarah/jurulatih berkaitan dengan aktiviti dan projek yang dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan 8 jam kredit dan mencapai 8 hasil pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Sosial dan kebertanggungjawaban
  2. Komunikasi
  3. Pengurusan maklumat & pembelajaran sepanjang hayat
  4. Nilai, sikap, etika & profesionalisme
  5. Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah & pendekatan saintifik
  6. Kepimpinan & kerja berpasukan
  7. Pengurusan & keusahawanan
  8. Kreatif & inovatif
Pihak PMUKM merasakan bahawa bengkel ini merupakan salah satu bengkel yang dapat memberi autonomi atau kebebasan akademik kepada mahasiswa/i di UKM dalam menyumbang ide. Usaha pihak pentadbiran UKM iaitu Dr Khaidzir selaku Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) dalam mencetuskan pelaksanaan program kontrak pembelajaran ini wajar dipuji.

PMUKM mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbiran iaitu Naib Canselor, HEAA dan PPP yang telah terliat dalam melaksanakan kontrak pembelajaran ini. Namun begitu, PMUKM merasakan penambahbaikan terhadap kontrak pembelajaran ini amat relevan demi memastikan mahasiswa yang lahir dari acuan UKM ini adalah yang terbaik dan berkualiti.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Sunday, May 8, 2011

TEACHING SENIOR & JUNIOR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Berikutan program motivasi dan solat hajat yang telah dijalankan pada 22 April lepas, satu program susulan telah diatur bertujuan membantu adik-adik untuk menghadapi peperiksaan ulangan. Program ini lebih kepada perbincangan akademik atapun lebih dikenali sebagai teaching. Program ini telah diadakan pada 7 Mei 2011 bertempat di kediaman PLAZA RAH. Seramai 6 orang adik dan 10 orang kakak senior yang terlibat.

Teaching ini lebih menjurus kepada teknik-teknik pemeriksaan ataupun physical examination kerana fokus utama adalah untuk adik-adik yang akan mengulang modul Clinical Skill Learning ataupun CSL. Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh kakak-kakak senior ini dapat membantu sedikit sebanyak adik-adik dalam menghadapi peperiksaan dan seterusnya melangkah ke alam klinikal di tahun tiga nanti.

Kami di pihak MPP berharap sedikit bantuan ini dapat memberi manfaat kepada adik-adik dan terus berjuang untuk menghadapi cabaran yang akan mendatang. Doa kami sentiasa mengiringi kalian dan kami tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangan adik-adik ke gerbang klinikal di PPUKM.

“ALLAH is always there for you”


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti.
Mahasiswa Intelek, Mahasiswa Dinamik.

Thursday, May 5, 2011

Isu Pembekuan Penawaran Kursus Baru Perubatan

KENYATAAN PENUH MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERHUBUNG KEPUTUSAN MEMBEKUKAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU PERUBATAN

BERIKUT ADALAH KENYATAAN AKHBAR MENTERI PENGAJIAN TINGGI DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN BERKAITAN MORATORIUM PENAWARAN KURSUS BAHARU BIDANG PERUBATAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:

BERDASARKAN kepada kadar pengeluaran graduan perubatan dari IPT sedia ada, negara akan berupaya mencapai sasaran seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400) menjelang tahun 2020 secara berperingkat tanpa perlu penambahan kursus perubatan baharu.

Apa yang lebih penting adalah satu bentuk kawalan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan bilangan graduan perubatan yang dihasilkan ini dapat menjalani latihan siswazah yang berkualiti supaya mereka menjadi doktor yang kompeten dan selamat untuk mengamal.

Sehubungan dengan itu, kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan moratorium ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) selama lima tahun, mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016.

Pelaksanaan moratorium bagi penawaran kursus baharu perubatan di IPT perlu dilaksanakan segera berdasarkan kepada justifikasi-justifikasi seperti berikut:

(i)Peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan oleh IPT;

(ii)Kompetensi pegawai perubatan siswazah (housemanship);

(iii) Isu tenaga pengajar; dan

(iv)Isu Hospital Pengajar (Teaching Hospital).

Selain itu, moratorium pengambilan baharu dicadangkan juga dikuat kuasakan kepada IPT yang tidak menepati kriteria dan piawaian akreditasi. Pengiktirafan sedia ada boleh ditarik balik sehingga penambahbaikan dilaksanakan.

Pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara.

Ini kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 buah IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai dan diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang tahun 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400).

Sehingga 31 Januari 2011, terdapat sebanyak 33 buah IPT (11 IPTA dan 22 IPTS) yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda. Walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah 47.

Ini kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada 1 program. Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (2006) dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009).

Daripada jumlah keseluruhan 33 buah IPT, 17 buah IPT telah diberikan pengiktirafan, 8 daripadanya adalah IPT awam manakala selebihnya adalah IPT swasta.

SEKIAN

MOHAMED KHALED NORDIN

5 MEI 2011

sumber :mStar Online