Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Saturday, July 24, 2010


Tarikh :
30 Julai 2010 (Jumaat)

Masa :
8.00 - 11.00 malam

Tempat :
DK43.101 DTAMS

Ahli Panel :
1- PM Dr Harlina Halizah binti Siraj
2- Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin
2- Tuan Musa bin Awang

Moderator :
Mohd Ajwadi Ahmad

Anjuran :
MPP Fakulti Pendidikan

Dengan Kerjasama :
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan

Tuesday, July 20, 2010

MINGGU KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN UKM 2010

Salam mahasiswa. Pada 26 - 30 Julai 2010 bertempat di Pusat Perubatan UKM, akan diadakan minggu keselamatan & kesihatan pekerjaan (MKKP) UKM 2010 anjuran Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP UKM). Objektif MKKP kali ketiga ini adalah untuk mempromosi dan menimbulkan kesedaran serta meningkatkan kesedaran serta meningkatkan tahap kepekaan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan para pekerja dan pelajar UKM khusunya serta pelanggan UKM amnya. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah :
Pihak penganjur berharap agar dapat membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup warga UKM semasa bekerja.

 sumber : ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/072010/12-52-1.pdf

Saturday, July 17, 2010

SETELAH DUA MINGGU BERGELAR MAHASISWA/I UKM

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa khususnya bagi pengambilan sesi 2010/2011. Bagaimanakah perasaan anda setelah seminggu menjalani minggu orientasi dan seminggu mengenal selok belok menjadi mahasiswa di fakulti masing-masing?
 Untuk pengetahuan umum, mahasiswa tahun satu telah menjalani orientasi di UKM Kampus Induk bermula pada 4 Julai 2010 sehingga 10 Julai 2010. Bagi mahasiswa Fakulti Perubatan, bagi Ijazah Perubatan dan Ijazah Kejururawatan, perjuangan mereka telahpun bermula di Dewan Gemilang di Kampus UKM Bangi. Disini, pihak tertinggi pentadbiran UKM serta MPP telah turun padang untuk sama-sama meraikan kemasukan mahasiswa baru.
MPP Farih bersama-sama dengan Naib Canselor UKM Prof Dato Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM Prof Dato’ Dr Lokman bin Saim dan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib meraikan kedatangan mahasiswa/i baru UKM.

Setelah hampir seminggu menjalani orientasi di UKM Bangi, mahasiswa kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir berangkat pulang ke kolej masing-masing. MPP Fakulti Perubatan berkesempatan menyambut kehadiran mereka di kediaman mereka.

Setelah seminggu berada di kampus, kami di pihak MPP dan kakak-kakak dan abang-abang amat berharap agar adik-adik mahasiswa sekalian akan terus berjuang dalam pengajian masing-masing. Liku-liku perjalanan pasti akan memberi cabaran, tapi dengan tawakal dan tekad, insyaAllah kejayaan berada dalam genggaman kalian.

IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

Wednesday, July 14, 2010

ISRAK MIKRAJ DAN AHLAN WA SAHLAN SYA'BAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Dr Mahasiswa anda!


Ha..hari ni Dr Mahasiswa nak tanya pada sahabat-sahabat semua, tahu tak pada hari ini, 13 Julai 2010 kita telah melangkah ke satu lagi bulan yang baru dalam kalendar hijrah? Ya, pada hari ini kita telahpun memasuki bulan Sya'ban 1431H iaitu bulan ke-8 dalam kalendar hijrah. Alhamdulillah, kita sekali lagi telah diberi rahmat dan rezeki oleh ALLAH untuk bertemu dan hidup pada bulan ini. Secara tidak lansung, kita hanya tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi untuk memasuki bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, yang sentiasa kita nanti-nantikan kedatangannya setiap tahun iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Ha..mudah-mudahan sahabat-sahabat semua sudah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk menghadapi bulan puasa nanti. Di sini Dr Mahasiswa ingin menyeru sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama menjalankan 'rehearsal' puasa Ramadhan dengan lebih kerap lagi, ya?


Walaupun kita telah memasuki bulan Sya'ban pada hari ini, diharap agar kita semua tidak lupa dengan bulan Rejab yang baru sahaja berlalu pergi meninggalkan kita. Dan sebelum Rejab melabuhkan tirainya, terdapat satu peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj yang telah berlaku pada 27 Rejab. Sehubungan dengan itu, Surau al-Razi Kolej Tun  Dr. Ismail telah menganjurkan satu program untuk kita, warga KTDI khususnya dalam mengingati kembali peristiwa yang amat bersejarah bagi umat Islam ini. Majlis bermula selepas waktu Maghrib dengan tayangan multimedia dokumentari Jejak Rasul mengenai peristiwa ini. Sungguhpun tidak pernah menjejakkan kaki ke Masjidil Aqsa, Dr Mahasiswa berasa sangat seronok dan terharu kerana dapat menyaksikan sendiri ruang dalaman masjid yang kedua yang dibina di atas muka bumi yang juga merupakan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi seperti yang dipertontonkan dalam dokumtari tersebut. Dokumentari tersebut juga ada menunjukkan beberapa batang tiang asal Masjidil Aqsa yang telah dibina sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Mudah-mudahan kita semua dapat menjejakkan kaki ke Masjidil Aqsa suatu hari nanti, insyaALLAH!


Suka Dr Mahasiswa ingin kongsikan disini mengenai salah satu peristiwa yang ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda berada dalam perjalanan tersebut di mana baginda telah menemui satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Subhanallah! Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan yang sentiasa berjihad fisabillah tersebut, amin.


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA