Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Friday, September 16, 2011

Ucapan Presiden PMUKM sempena Hari Malaysia 2011


Memaknai 16 September

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia esok dengan penuh kebanggaan.

MEMAKNAI HARI MALAYSIA
Tanggal 16 September 1963, telah terbentuk sebuah negara baru di peta dunia yang diberi nama ‘Malaysia’ ; hasil gabungan negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Bertitik mula daripada pembentukan Malaysia yang berdaulat, kini negara kita pesat membangun dan telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah sebuah negara yang maju di kalangan negara-negara membangun.

Kemerdekaan yang disambut juga seharusnya bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai perarakan Merdeka.

Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati dan minda. Seharusnya masyarakat dididik dan dipupuk untuk melahirkan jiwa yang merdeka. Ia juga harus dihadami dan merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama memaknai Hari Malaysia ini dengan memerdekakan sepenuh jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman warisan penjajah demi membina negara yang aman harmoni antara semua bangsa.

INTERGRITI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA BERDAULAT
Agenda integriti yang digariskan di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 4 Mac 2004 secara signifikannya menggambarkan usaha serius kerajaan untuk membentuk nilai integriti di peringkat akar umbi pentadbiran.

Dua prinsip asas nilai integriti untuk para pentadbir dan kakitangan awam capai ialah pemantapan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik, dan peningkatan integriti institusi pentadbiran jabatan masing-masing.

Integriti secara umumnya merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan rapat dengan etika. Dalam konteks semasa, integriti berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari.

Budaya etika dan integriti yang giat dipromosikan di segenap peringkat pentadbiran kakitangan awam adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Seruan kepada semua pihak khususnya bagi warga Universiti tidak kira di peringkat mahasiswa ataupun kakitangan Universiti bersama-sama menyahut pembudayaan integriti dan menyemai di peringkat urus tadbir kerja kita seharian.

APLIKASI NILAI-NILAI TERAS INTEGRITI AKADEMIK
Di kesempatan ini juga suka untuk saya tekankan kembali enam (6) Nilai Teras Integriti Akademik yang terkandung di dalam Garis Panduan Integriti Akademik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak khususnya yang berada di bidang akademik di bumi perbukitan ilmu di UKM, iaitu:

(i) Amanah - Amanah merujuk kepada kesungguhan ahli akademik dalam memenuhi kepercayaan, kewajipan dan tanggungjawab yang diberikan. Amanah akademik merangkumi peningakatan ilmu, penyampaian yang berkesan, dan memberi khidmat serta pandangan tanpa rasa takut atau mengharapkan pujian. Ahli akademik melaksanakan tugas dengan tanggungjawab dan menghayati skop kerja serta komited terhadap tuntutannya. Ahli akademik juga tidak terlibat dalam rasuah dan tidak menyalahguna kuasa.

(ii) Bijaksana – Identiti ahli akademik yang cemerlang tergambar menerusi kebijaksanaannya dapat menggunakan akal budi dalam menjalankan tugas agar matlamat tercapai. Ia terangkai daripada pengalaman, ilmu dan kemahiran yang menjadikan ahli akademik itu seorang budiman.

(iii) Akauntabiliti - Ahli akademik berupaya dan bersedia dipertanggungjawabkan di atas semua tindakannya dengan penjelasan dan justifikasi yang rasional dan objektif.

(iv) Hormat – Konsep ‘Hormat’ itu menerima kepelbagaian sudut pandangan dan menghargai semua bentuk sumbangan yang mempertingkat kualiti akademik. Berbahasa dan kesopanan ditekankan dalam sebarang hubungan kerja, tanpa mengira status, umur dan gender.

(v) Telus - Tidak ada tindakan akademik yang perlu disembunyikan daripada pihak berkepentingan (stakeholders). Setiap keputusan yang dicapai adalah menerusi proses yang jelas strukturnya dan dapat dibuktikan kesahihannya.

(vi) Adil - Ahli akademik tidak wajar berprasangka, tidak berat sebelah dan tidak memilih kasih dalam menjalankan tugas.Ahli akademik juga wajar membahagikan masa dan prihatin serta secara wajar dan sesuai kepada semua yang memerlukan kepakarannya.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI
Barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) pada sesi kali ini komited untuk bersama-sama mahasiswa UKM dalam menjaya dan merealisasi visi, misi dan wawasan UKM. Berlandaskan Falsafah UKM yang telah menyebut  “Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” , maka gagasan ‘Realisasi Varsiti’ dilihat selari dengan pembawakan penghayatan Falsafah UKM.

Berteraskan intisari paduan ILMU,IMAN dan AMAL , pembawakan PMUKM sesi ini juga dilihat semakin mendapat respon yang baik di kalangan kakitangan Universiti dan mahasiswa UKM sendiri.

Manakala sikap kebersamaan di kalangan mahasiswa dalam merealisasi dan menjayakan visi, misi dan gagasan varsiti juga dilihat bakal menjadi kunci kepada kejayaan mahasiswa. Usaha-usaha yang dilakukan oleh PMUKM sebagai badan induk persatuan mahasiswa dilihat tidak akan mendatangkan hasil sekiranya ada pihak-pihak yang tidak memberi kerjasama dalam menyokong dan mendokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Justeru di kesempatan sempena Hari Malaysia ini, saya sekali lagi selaku Presiden Persatuan Mahasiswa UKM sesi 2010-2011 ingin menyeru rakan-rakan bersama-sama menghayati erti sebenar Hari Kemerdekaan.

Semoga ulang tahun kemerdekaan dan hari Malaysia ini bakal membawa makna yang mendalam kepada semua warga kampus dan juga rakyat Malaysia amnya.

Selamat Hari Malaysia.


LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi
Presiden 
Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

http://pm-ukm.blogspot.com

Thursday, August 25, 2011

Syoknya!! Kembara Syifa'


“Menjadi seorang doktor merupakan satu bidang kerja yang mulia dan berkait rapat dengan masyarakat. Namun jika ditambah nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai murni dapat melahirkan seorang doktor yang holistik. Bukan sekadar merawat fizikal tetapi merawat jiwa masyarakat.” Idrul Daud, MPP Fakulti Perubatan.

Atas dasar semangat itu, MPP Fakulti Perubatan telah menganjurkan program Kembara Syifa’ dengan kerjasama Quranic Team, Persiap. Kembara Syifa’ merupakan satu program yang julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Perubatan.Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kampus PTS, Janda Baik.
Peserta Kembara Syifa bersama fasilitator

Kembara Syifa’ mendedahkan kepada para  peserta tentang kepentingan menjadi seorang doktor yang mempunyai nilai-nilai professional dan beretika .Mereka juga didedahkan dengan pelbagai aspek kehidupan masyarakat bagi menyediakan diri sebagai seorang doktor yang holistik. 

Seramai lebih kurang 28 orang peserta yang menyertai program ini. Mereka semua berasa sangat beruntung kerana menghadiri program ini.  Program ini mampu memberikan perspektif baru kepada semua pelajar untuk menjadi mukmin doktor yang terbaik.


Thursday, July 28, 2011

Menjelang Ramadan


For this upcoming Ramadan,

CONNECT to Allah, TAG our hearts, LIKE doing good deeds, ADD du’a and prayers, SHARE wealth through charity, POKE conscience, UNTAG sins and CONFIRM our love to ALLAH and His Prophet ﷺ.

‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ your amal,
‘Edit’ your akhlaq
‘View’ your good and bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah 2 : 183)

dah ready dah sahabat-sahabat?
AYUH SEMARAKKAN RAMADHAN :)

Sunday, July 24, 2011

BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana kita dapat dipertemukan dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang kita akan sambutnya tidak lama lagi. Diharapkan kita dapat menerima Ramdhan kali ini lebih baik dari yang dahulu. Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan..

Untuk makluman hadirin sekalian, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tarikh 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432H sebagai tarikh untuk mencerap anak bulan Ramadhan.

Terdapat banyak fadhilat kelebihannya ketika berpuasa dibulan Ramadhan namun kelebihan ini hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka yang ingkar, tidak puasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidak berhak mendapatnya

Dibawah ini diringkaskan beberapa maksud Hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.
  • Pintu langit dibuka
    • Sabda Rasulullah SAW:  Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pintu-pintu syurga dibuka
    • Sabda Rasulullah SAW: Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintupun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satupun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan).(Riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah R.A)

  • Malam Lailatul Qadar
    • Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
      Ertinya :
      Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan  (Al-Qadr : 2) .

      Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
       Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain ( Riwayat Muslim, no 1175 )
      Sebuah lagi hadis menyebut :
       "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
       "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



  • Amal ibadah bulan Ramadhan
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca Tahlil (Syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya)
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan bulan kesabaran
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah memfitnah, berbohong dan sebagainya.
  • Ganjaran Pahala Ibadah dan Fadhilatnya
    • Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
    1. Untuk mendapat rahmat Allah SWT
    2. Untuk mendapat keampunan Allah SWT
    3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka
    • Fadhilat yang lain
    1. mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
    2. doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah SWT
    3. orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada hari Kiamat kelak
    4. orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT


          Dipetik dari buku Kelebihan Amalan Bulan Rejab Sya'ban Ramadhan oleh Hj. Johari Hj. Alias


Semoga kita memperoleh manfaat bersama. Selamat beramal

Wednesday, June 15, 2011

Sejarah Panjang dan Kapasitas Besar Telah Memenangkan AKP

dakwatuna.com - Kemenangan AK Parti (AKP) di Turki sudah bisa ditebak jauh hari sebelum pemilu 12 Juni 2011 kemarin. Ini hanyalah ledakan dari akumulasi perjuangan panjang mereka. Usia perjuangan AKP sebenarnya tidak beda dengan usia Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir. Pengalaman jatuh bangun di luar dan di dalam pemerintahan membuat mereka matang.

Sejarah adalah aset politik yang tak ternilai dan aset itulah yang dimiliki AKP. Sejarah menandai kejujuran dan konsistensi sebuah organisasi. Kejujuran dan konsistensi adalah karakter yang tidak bisa diklaim, tapi harus dibuktikan dalam perilaku. Pembuktian itulah yang memerlukan waktu panjang!

Dalam rentang waktu yang teramat panjang, gerakan yang melahirkan AKP telah membuktikan kejujuran dan konsistensi mereka. Sekarang mereka memetik buahnya. Sejarah yang tercatat dan terwariskan selalu begitu. Merupakan ledakan dari akumulasi kebajikan yang panjang. AKP adalah ledakan itu.

Jatuh bangun itu biasa dalam politik, tapi tetap ada yang terlihat secara konstan dalam proses itu. Kejujuran dan konsistensi, itulah yang ditunjukkan oleh AKP. Dan pengalaman panjang itu bukan hanya mematangkan kepribadian AKP, tapi juga melatih dan menumbuhkan kompetensi mereka.

Dalam sistem demokrasi semua ideologi punyak hak hidup, tapi itu tidak menentukan pilihan rakyat, yang menentukan itu kinerja. Dan AKP berkinerja bagus. Kinerja, seperti karakter, tidak datang dari klaim, tapi dari pembuktian, dan itu juga perlu waktu. Dalam 2 periode kepemimpinannya, AKP telah menunjukkan kinerjanya! Kinerja bersumber dari kapasitas yang besar, itulah yang memungkinkan rencana tereksekusi. Dan kapasitas leadership AKP memang luar biasa. Kini Islam atau sekuler bagi rakyat Turki bukan lagi pertanyaan. Tapi apa yang diberikan partai kepada rakyat atas nama ideologi itulah yang penting.

Orhan Pamuk, seorang peraih Nobel Sastra asal Turki, menulis novel tentang Istanbul dan menggambarkannya sebagai kota yang muram. AKP mengubahnya jadi hidup. Sebelum tahun 2003 kita bahkan masih bisa merasakan kemuraman itu di Istanbul. Di bawah AKP sekarang kota itu hidup dengan jutaan turis setiap tahun. Dari 6 juta turis menjadi 26 juta turis setiap tahun rasanya memadai menggambarkan bagaimana ekonomi Turki bergeliat dibawah AKP.

Sekarang PDB di atas 1$ Triliun. Ekonomi Turki berada di urutan ke-7 di Eropa. Dengan kinerja ekonomi itu AKP mengintegrasikan demokrasi dengan kesejahteraan. Jadi, demokrasi bukan penjelasan bagi kesejahteraan. Sejahtera atau tidak sejahtera kita tetap harus bebas sebagai manusia merdeka. Bebas itu asas demokrasi.

Kesejahteraan lebih banyak dijelaskan oleh kapasitas kolektif kita sebagai sebuah bangsa. Keduanya berbanding lurus, dan itu yang telah dipahami oleh AKP sejak awal. Bahwa kebebasan bisa jadi basis dari kreativitas kolektif menuju sejahtera itu benar adanya. Tapi juga bisa jadi faktor destruktif kalau kapasitas kita rendah. Kebangkitan ekonomi Cina, Korea, dan Jepang lebih banyak dijelaskan oleh akselerasi pembangunan sumberdaya manusia mereka daripada sistem politiknya.

Struktur ekonomi Turki terutama disangga oleh teknologi dan industri, itu tentu merujuk pada kapasitas SDM negara itu. Jadi demokrasi adalah hak asasi tapi kesejahteraan adalah efek kapasitas. Maka AKP mengubah supremasi militer jadi supremasi sipil, setelah itu baru membangun ekonomi!

Dalam konteks itu demokrasi tidak perlu diperdebatkan sebagai ideologi, tapi lebih sebagai hak asasi manusia yang harus direbut. Intinya kebebasan itu. AKP menjadikan supremasi sipil sebagai simbol capaian demokrasinya yang paling kuat, dan keluar dari perdebatan tentang negara agama dan negara sekuler.
AKP bahkan menyatakan dirinya sekuler karena tujuannya memang mendirikan civilized nation state. And so what?? It is the society, not the system!! Kualitas kita sebagai masyarakatlah yang menentukan maju tidaknya negara, bukan sistemnya.


Jadi demokrasi adalah ruang kosong yang bisa diisi dengan semua konten. Tapi kapasitas kita sebagai bangsa tidak berhubungan dengan itu semua. Dalam ruang kosong demokrasi itulah rakyat Turki memilih AKP karena kapasitas dan kinerjanya!! Dan itu yang gagal diwujudkan kaum sekuler disana!! Kompetisi politik dalam demokrasi adalah kompetisi kapasitas. AKP memahami aturan main itu dengan sangat baik.
Gabungan sejarah panjang dan kapasitas besar itulah yang memenangkan AKP.

Mereka punya strong leader seperti PM Erdogan dan strategic thinker seperti Menlu Oglo. Sistem adalah pedang, tapi manusia (kapasitasnya) yang menentukan apakah ia dipakai menebas musuh atau cuma memotong bawang.

Leadership pemimpin AKP, Erdogan, adalah sebuah catatan lain. Ia seorang pekerja keras, risk taker, dan selalu mampu mengeksekusi rencana besarnya. Erdogan dibantu seorang pemikir strategis yang sekarang jadi Menlu Turki saat ini, Ahmad Daud Oglo. Kombinasi 2 orang ini membuat AKP menjadi dahsyat. Selain itu AKP juga didukung oleh lebih dari 5000 pengusaha dengan komitmen kontribusi yang kuat.

Jadi AKP memiliki semua syarat untuk menang. Narasi yang jelas, leadership yang kuat, dan sumberdaya yang besar. Dan yang lebih penting dari kemenangan AKP adalah bahwa rakyat Turkilah yang paling diuntungkan dari kemenangan itu!! Dalam pidato kemenangannya, Erdogan menyatakan bahwa kemenangan AKP adalah kemenangan bagi seluruh rakyat Turki, Timur Tengah, dan kemanusiaan.

Walaupun sulit Erdogan berjanji membuat konstitusi baru bagi Turki yang menjamin setiap warga negara menjadi warga negara kelas satu. Konstitusi baru yang dijanjikan Erdogan bagi Turki akan lebih civilized dan menjunjung tinggi kebebasan, beliau juga berjanji merangkul oposisi. (@Anismatta/#AKP/hdn)