Kementerian Pengajian Tinggi(MOHE) sedang menjalankan kajian tentang pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971. Jadi marilah semua mahasiswa klik Kajian Pindaan AUKU 1971 dan menjawab semua soalan dalam kajian ini. Anda juga boleh layari laman web ini Laman Web Kajian Pindaan AUKU. Sebarang pertanyaan, maklumbalas atau pandangan mengenai AUKU boleh disalurkan melalui akaun Facebook rasmi pindaan AUKU atau emelkan ke aukuwg@mohe.gov.my
Rakan MPP FPer
Monday, January 2, 2012
Wednesday, December 28, 2011
SEMANGAT PRK SEKARANG VS SEMANGAT PRK DULU
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA
PENYAYANG
Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kita ucapkan
kepada Allah yang masih lagi memberi
kita waktu 24 jam sehari, yang masih mengurniakan kita akal untuk berfikir dan
yang paling penting Allah S.W.T masih lagi memberi nikmat IMAN dan ISLAM.
Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Adakah amalan-amalan yang dilakukan di bulan
ramadhan masih diteruskan hingga ke hari ini..masih bertadaruskah kita??? Masih
bangun untuk berqiamulail kah kita? Tepuk dada tanyalah IMAN masing2. Waktu
terus berlalu. Sedarkah kita semua, bahawa kita akan menghadapi satu perjuangan
yang besar?ye. satu perjuangan yang besar..iaitu PRK.
Telinga
siswazah Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis,
bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu, mereka tidak lagi menjadi menara
tempat suara rakyat dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya
mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut
dipertikaikan. Kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan
kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang.
Semua ini
adalah fenomena, yang tersimpul di dalam sepatah kalimah. Ia mewakili sindrom
jangkitan ke atas minda siswazah iaitu AKU TIDAK PEDULISMA
Selaku
kumpulan siswazah cemerlang dan terpilih, apatah lagi yang menekuni pemikiran
Islam seperti kebanyakan kita, tentunya kita berasa gerun dan sensitif dengan
fahaman-fahaman anti Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat.
Sekularisma selaku penghulu kepada ideologi anti Islam, mencambahkan pelbagai
nama fahaman yang di sesetengah keadaan, berselindung di sebalik nama-nama enak
seperti modenisma, pembaharuan dan sebagainya. Kapitalisma, sosiolisma,
liberalisma, materialisma atau apa sahaja fahaman yang bermain nama, semuanya
menjurus ke arah menjauhkan umat Islam dari Islam itu sendiri.
Namun, apakah ada ideologi yang lebih merbahaya dari idelogi yang bernama ‘aku tidak pedulisma’. Ia adalah ideologi yang menolak bentuk manusia berfikir, mengecam manusia berjuang, dan mengenepikan manusia berbakti. Ia adalah fahaman yang bersifat ananiah, tiada sensitiviti, tiada perjuangan, bahkan hanya berusaha ke arah melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada dirinya sendiri. Golongan ‘aku tidak pedulisma’ adalah manusia yang menutup semua pintu untuk manusia lain mendekatinya, mereka tidur di dalam jaga dan mati semasa hidup.
Fenomena
paling ketara bagi kelompok ‘aku tidak pedulisma’ ini adalah budaya hedonisma.
Hedonisma yang sepatutnya menjadi gejala golongan yang tidak berpendidikan dan
rendah moral, merayap masuk ke celah-celah golongan siswazah dan intelek. Ia
adalah budaya cinta dan ketagih hiburan. Apa yang dimahukan hanyalah
unsur-unsur yang membawa cuti minda, atau mungkin berakhir dengan kematian
idealisma dan erti hidup.
Adalah
sukar untuk membayangkan perubahan, jika golongan siswazah terus tenggelam di
dalam budaya hedonisma. Mereka yang diharapkan mampu memimpin perubahan,
berubah menjadi kelompok juzuk masyarakat yang hilang keprihatinan. Tidak
bergerak sebagai pembela masyarakat, mereka berubah menjadi beban.
Kita
khuatir dunia dipenuhi oleh golongan oportunis yang hanya hidup bersandarkan
maslahah. Lebih membimbangkan jika kelompok ini adalah kelompok siswazah
Muslim. Takutilah sindiran Allah SWT di dalam Al-Quran:
“Dan di sana terdapat sebahagian
manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan
mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah
(ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka
kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” (Surah
Al-Hajj 22 : 11)
Artikel
ini diubahsuai daripada versi asal yang dibentangkan oleh penulis sempena
Persidangan Persatuan Mahasiswa Jordan Pertama Jordan (PERTAMA) pada 27 – 29
Jun 2001
ABU SAIF
@ www.saifulislam.com
Friday, December 9, 2011
Sistem GL : Perbincangan Fasa Terakhir
Tahniah dan syabas kepada MPP Mohamad Idrul dalam melaksankan manifestonya iaitu memperhalusi sistem Surat Jaminan Pelajar atau Guarantee Letter, GL. Isu ini telah berjaya diperbincangkan di peringkat kedekanan Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ketika ditemui saudara Mohamad Idrul menegaskan bahawa sistem GL ini seharusnya diperbaiki bagi mempermudahkan semua pihak dan mengurangkan birokrasi.
"Alhamdulillah, perkara ini kita telah bincangkan bersama dengan Dekan & Pengarah Fakulti Perubatan Prof Dato' Dr. Raymond Azman Ali semasa lawatan PMUKM ke Fakulti Perubatan. Sambutan dari pihak pentadbiran sangat memberangsangkan dan di peringkat mereka sendiri akan memperhalusi semula sistem ini supaya tidak membebankan pelajar."
"Selepas dari itu, kita telah menghantar surat susulan dengan mengemukan beberapa cadangan bagi mempermudahkan sistem GL ini. Kita harap dalam sedikit masa lagi akan ada perubahan di dalam sistem ini."
Antara cadangan yang dikemukan oleh saudara Mohamad Idrul adalah menukar sistem GL sedia ada kepada:
1. Sistem Kad Matrik
2. Sistem Buku Biru
3. Sistem secara dalam talian (online)
Oleh itu, cadangan-cadangan yang dikemukan dapat membantu pihak pentadbiran dalam usaha memperhalusi sistem Surat Jaminan Pelajar atau Guarantee Letter, GL.
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI
Thursday, December 1, 2011
Fantastic Legacy Youth (F.L.Y)
Satu lagi program Persatuan Mahasiswa UKM di bawah Biro Kerohanian & Pembangunan Insan.
FLY merupakan satu program yang bercorak belia dan kepimpinan. Ayuh kita sertai bersama-sama. Di sinilah peluang kita untuk mengenali sahabat-sahabat serperjuangan kita di kampus induk, Bangi. Jom sertai!!
Tarikh : 9 - 11 Disember 2011
Tempat : Kem Herba, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Hubungi
Arrahum : 0133266976
Afifah : 0179037904
JUMPA ANDA DI SANA!!!!!
Friday, November 25, 2011
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya?
Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid’ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..
Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.
Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.
Asas pendapat kedua. Bid’ah dholalah (atau kata mereka bid’ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid’ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid’ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid’ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid’ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid’ah dalam agama.
Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid’ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid’ah (baca bid’ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.
Subscribe to:
Posts (Atom)
