Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Thursday, April 15, 2010

OPS PENSEL

OPS PENSEL I - 4 APRIL 2010



Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa


Semalam 4 APRIL 2010 saya bersama-sama rakan SUK telah turun menjenguk kakak dan abang Tahun 2 dalam membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir semester 2. Kami selaku adik hanya mampu mendoakan kakak dan abang Tahun 2 mendapat kejayaan yang cemerlang seterusnya melayakkan diri ke Tahun Klinikal.


Sudah menjadi lumrah sebagai seorang penuntut diuji bagi melihat tahap pemahaman dan pencapaian mereka dalam subjek dan bidang-bidang tertentu. Di sinilah tempat melihat sama ada kita sudah cukup baik dalam menguasai subjek-subjek tertentu.


Perjumpaan itu juga kami hiasi dengan menghadiahkan sebatang pensil dan seungkap kata-kata motivasi bagi menemani Mahasiswa Tahun 2 dalam menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga kalian semua mendapat kejayaan.


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL






OPS PENSEL II - 14 APRIL 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Doktor Mahasiswa anda!


Alhamdulillah, pada 14 April 2010, OPERASI PENSEL II telah dijayakan bagi meraikan adik-adik tahun pertama fakulti perubatan. Syabas buat MPP Farih Najihah kerana turun padang bagi bersama adik-adik dalam meraikan musim peperiksaan.


“Selamat menduduki peperiksaan. Kami senior-senior di PPUKM menanti anda di sana!” begitulah kiranya bicara Farih buat adik ini.

IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"