Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Thursday, April 15, 2010

OPS PENSEL

OPS PENSEL I - 4 APRIL 2010



Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa


Semalam 4 APRIL 2010 saya bersama-sama rakan SUK telah turun menjenguk kakak dan abang Tahun 2 dalam membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir semester 2. Kami selaku adik hanya mampu mendoakan kakak dan abang Tahun 2 mendapat kejayaan yang cemerlang seterusnya melayakkan diri ke Tahun Klinikal.


Sudah menjadi lumrah sebagai seorang penuntut diuji bagi melihat tahap pemahaman dan pencapaian mereka dalam subjek dan bidang-bidang tertentu. Di sinilah tempat melihat sama ada kita sudah cukup baik dalam menguasai subjek-subjek tertentu.


Perjumpaan itu juga kami hiasi dengan menghadiahkan sebatang pensil dan seungkap kata-kata motivasi bagi menemani Mahasiswa Tahun 2 dalam menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga kalian semua mendapat kejayaan.


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL






OPS PENSEL II - 14 APRIL 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Doktor Mahasiswa anda!


Alhamdulillah, pada 14 April 2010, OPERASI PENSEL II telah dijayakan bagi meraikan adik-adik tahun pertama fakulti perubatan. Syabas buat MPP Farih Najihah kerana turun padang bagi bersama adik-adik dalam meraikan musim peperiksaan.


“Selamat menduduki peperiksaan. Kami senior-senior di PPUKM menanti anda di sana!” begitulah kiranya bicara Farih buat adik ini.

IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

Sunday, April 11, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK

Assalamualaikumm dan salam sejahtera daripada Doktor Mahasiswa anda!


Pada hari Sabtu, 10 April 2010, Program Pemantapan Akademik (PPA) telah diadakan oleh pihak PERSIAP. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak PERSIAP kerana berjaya menganjurkan program berbentuk ilimiah ini. Saudara Fahmi dan saudari Rahmah telah ditugaskan untuk menguruskan sesi ini.

Pihak MPP Perwakilan Fakulti Perubatan tahun 3,4, dan 5 turut turun padang menjayakan program ini.
Diharapkan pada masa hadapan, lebih ramai lagi kakak-kakak dan abang-abang akan turun padang untuk berkongsi ilmu dengan adik-adik. Bukan sahaja jika ada penganjuran program sebegini, malah apabila berada di mana-mana sahaja seperti di bilik mahupun di hospital/fakulti. ;)


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA