Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Tuesday, August 10, 2010

LALUAN BERBUMBUNG : menggenggam harapan!



10 Ogos - Dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) ke Menara Tun Razak menggenggam sebuah harapan mahasiswa Fakulti Perubatan akan pembinaan laluan susur galur dari asrama luar mahasiswa (Laman Midah dan Prisma) ke PPUKM (Pusat Perubatan UKM).

Walaupun perjuangan manifesto ini amat mencabar kerana karenah birokrasi, tetapi semuanya atas semangat ingin membantu kebajikan sahabat-sahabat mahasiswa Fakulti Perubatan dan juga staff kakitangan UKM yang tinggal di luar kawasan PPUKM.


Berbincang bersama pihak Jabatan Perancang Bandar


Atas pelbagai masalah dan komplikasi yang amat rasional wajar diperjuangkan MPP ke peringkat atasan. Bermula dari semester lepas, gerak kerja telah bermula dengan Fasa 1 mengambil kira suara dan aduan daripada mahasiswa betapa pentingnya proposal laluan susur galur ini diketengahkan.

Masalah PALING UTAMA yang dikenal pasti ialah :

  1. Hujan - mahasiswa mahupun staff UKM yang berjalan kaki menagadu basah dan amat sukar untuk berulang alik dari PPUKM apabila hujan turun
  2. Gelap - laluan ini dikenalpasti tiada sumber pencahayaan lampu apabila waktu malam terutamanya amat bahaya pada waktu tengah malam bagi mereka yang "on call".



 menerangkan cara proposal yang perlu dibuat

Bersama Puan Siti Rohimah di Menara Tun Razak pula

Mustahil dan sukar! tetapi bukan bermakna putus asa

Kenal pasti bidang tugasan Jabatan Pengangkutan Bandar untuk pengurusan permohonan 


Fasa 2 dalam peringkat percubaan demi memaknakan suara mahasiswa. 
"Bersama Mahasiswa Memimpin Kecemerlangan!"


Sokongan dan doa daripada semua sahabat terutamanya dari Fakulti Perubatan dan Kejururawatan amatlah diharapkan. Kertas kerja dan pelan tindakan akan menyusul selepas ini buat rujukan dan tatapan mahasiswa.



CONTOH PELAN LALUAN BERBUMBUNG



sebelum pemasangan


setelah pemasangan

siap! laluan berbumbung berlampu!

1 comment:

  1. tahniah dan terima kasih atas usaha yang ditunjukkan...semoga dapat terus melaksanakan amanah sebaik mungkin...

    ReplyDelete

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"