Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Wednesday, August 18, 2010

MPP ZIARAH PESAKIT





12 Ogos - Dari PPUKM ke IJN (Institut Jantung Negara), 2 orang MPP Mahasiswa, saudari Alia Suzana (MPP Umum) dan saudari Farih Najihah (MPP Fakulti Perubatan) turun menziarahi mahasiswi Fakulti Perubatan Tahun 3, saudari Wong Yi Lian. 

Difahamkan bahawa saudari Yi Lian telah didiagnos atrioventricular nodal re-entract tachycardia (AVNRT) dan menjalani jenis  pembedahan atrial fibrillation with radifrequency ablation (RFA) yang mana menelan belanja hampir RM25, 000.

Di pihak MPP Mahasiswa, sedaya upaya menolong untuk sama meringankan beban kos perubatan yang mahal dengan membawa isu ini di peringkat atasan dan alhamdulillah, isu ini mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya. 




Turut sama hadir melawat saudari Yi Lian ialah saudara Zaim, MPP Fakulti 
Pengajian Islam bersama SUK nya. 


Di peringkat seluruh MPP Mahasiswa mengucapkan salam takziah kepada saudari Yi Lian dan berharap agar sabar dan tabah menghadapi ujian hidup. Tahniah juga di atas keprihatinan pihak atasan dalam membantu kebajikan mahasiswa. 

Harapan agar mana-mana mahasiswa yang mengalami masalah kebajikan seperti kewangan, kemalangan, kematian dan sebagainya bolehlah menghubungi  barisan MPP Mahasiswa. Kebajikan anda tanggungjawab kami.

"Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan"




No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"