Assalamualaikum WBT dan Salam Perjuangan Mahasiswa buat semua!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, Sang Pencipta Yang Esa lantaran kurnia-Nya, Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Se-Malaysia 2010 berjaya melabuhkan tirainya pada petang 8 Ogos 2010 bertempat di ESSET, Bangi. Konvensyen ini memperlihatkan penglibatan dan komitmen ratusan warga menara gading yang mewakili mahasiswa dari pelbagai bidang dan berbilang kaum dari seluruh pelusuk negara.
Walaupun objektif konvensyen ini masih samar-samar berdasarkan pengisian program yang keseluruhannya menyentuh isu penjayaan agenda pihak kerajaan, namun Walau bagaimanapun, MPP Mahasiswa UKM bersama-sama rakan-rakan perwakilan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan warga Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berbincang, berhujah dengan fakta tentang 2 fokus utama iaitu:
1. Peranan mahasiswa/i dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.
2. Dasar Ekonomi Baru - Model Baru Ekonomi: Bagaimana mengatasi jurang antara kaum?
2. Dasar Ekonomi Baru - Model Baru Ekonomi: Bagaimana mengatasi jurang antara kaum?
No comments:
Post a Comment
mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"