KENYATAAN PENUH MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERHUBUNG KEPUTUSAN MEMBEKUKAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU PERUBATAN
BERIKUT ADALAH KENYATAAN AKHBAR MENTERI PENGAJIAN TINGGI DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN BERKAITAN MORATORIUM PENAWARAN KURSUS BAHARU BIDANG PERUBATAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:
BERDASARKAN kepada kadar pengeluaran graduan perubatan dari IPT sedia ada, negara akan berupaya mencapai sasaran seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400) menjelang tahun 2020 secara berperingkat tanpa perlu penambahan kursus perubatan baharu.
Apa yang lebih penting adalah satu bentuk kawalan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan bilangan graduan perubatan yang dihasilkan ini dapat menjalani latihan siswazah yang berkualiti supaya mereka menjadi doktor yang kompeten dan selamat untuk mengamal.
Sehubungan dengan itu, kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan moratorium ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) selama lima tahun, mulai 1 Mei 2011 hingga 30 April 2016.
Pelaksanaan moratorium bagi penawaran kursus baharu perubatan di IPT perlu dilaksanakan segera berdasarkan kepada justifikasi-justifikasi seperti berikut:
(i)Peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan oleh IPT;
(ii)Kompetensi pegawai perubatan siswazah (housemanship);
(iii) Isu tenaga pengajar; dan
(iv)Isu Hospital Pengajar (Teaching Hospital).
Selain itu, moratorium pengambilan baharu dicadangkan juga dikuat kuasakan kepada IPT yang tidak menepati kriteria dan piawaian akreditasi. Pengiktirafan sedia ada boleh ditarik balik sehingga penambahbaikan dilaksanakan.
Pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara.
Ini kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 buah IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai dan diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang tahun 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400).
Sehingga 31 Januari 2011, terdapat sebanyak 33 buah IPT (11 IPTA dan 22 IPTS) yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda. Walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah 47.
Ini kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada 1 program. Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (2006) dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009).
Daripada jumlah keseluruhan 33 buah IPT, 17 buah IPT telah diberikan pengiktirafan, 8 daripadanya adalah IPT awam manakala selebihnya adalah IPT swasta.
SEKIAN
MOHAMED KHALED NORDIN
5 MEI 2011
sumber :mStar Online
makluman ni bermaksud kursus perubatan masih ditawarkan spt biase. tapi terhad kpd IPT2 yg dh sedia ad kursus perubatan kan..
ReplyDeletekirenya, mane2 IPT yg baru hndk mohon diwujudkan kursus ni di UNV mereka, tidak akn dibenarkan.
tambahan lg, mne2 IPT yg dh sedia ad kos medik pun boleh ditarik balik kelayakan tu klu x memenuhi kriteria LAN (lembaga akreditasi negr).
jdi buatlah pilihan IPT yg btul.=)
ni berdasarkan pemahaman melalui pembacaan artikel tu la.. tlg btul kan klu silap.
saya pun faham macam saudara di atas
ReplyDeletebermula 1 mei 2011? ok saya merupakan pelajar kolej persediaan dan akan masuk ke program MBBS di bawah tajaan MARA pada Julai 2011..bagaimana dengan situasi saya ini?adakah saya terpaksa bertukar kursus? setakat ni saya tidak menerima apa2 arahan dari pihak atasan mahupun MARA..
ReplyDeletebagus betul mmpp fper, saya pon agak kurang faham sebenarnya sebelum nie, terima kasih kerana mmp fper, menunjukkan keprihatinan dalam hal ini. ingatkan dah takde junior dah. hehe. terima kasih ye.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAnwar Asyhraff: Telah dijelaskan. Ini hanyalah pembekuan kursus baru perubatan. Uni yang sudah sedia ada kursus perubatan masih meneruskan pengambilan pelajar untuk sesi seterusnya.
Jadi macam mna untuk pelajar2 yang berminat untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang perubatan? Adalah satu kekecewaan bagi mereka yang ingin menggapai cita2 menjadi seorang doktor..
ReplyDeletealFERa: Telah dijelaskan dalam komen saya di atas. terima kasih atas perhatian.
ReplyDeleteowh.. pernah dengar pasal pembekuan ni.. tapi lepas baca artikel ni, baru faham dan nampak dengan jelas.. ingatkan pengambilan pelajar medik dah tak boleh dah lepas ni.. syukur.. -SPM 11'-
ReplyDelete:)
ReplyDelete