Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Wednesday, July 7, 2010

KESELAMATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sejak kebelakangan ini, isu keselamatan menjadi salah satu isu yang sering dibincangkan dikalangan mahasiswa dan juga pihak pentadbiran. Hal ini berlaku bukan sahaja pada peringkat kolej semata-mata, malah melibatkan seluruh warga PPUKM. Isu keselamatan menjadi salah satu agenda utama kami, MPP mahasiswa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan sesuatu terhadap perkara ini.


Pada 25 Jun yang lalu, kami telah berbincang bersama unitn keselamatan berkenaan isu ini. Berdasarkan maklumat yang diterima, kini banyak bahagian  dalam PPUKM yang sedang ditambah baik. Justeru, ramai pihak luar yang terlibat dengan aktiviti penambahbaikan tersebut. Warga PPUKM amnya dan mahasiswa khususnya perlulah lebih berhati-hati sepanjang berada di PPUKM. Sekitar bulan Jun telah berlaku 1 kes ragut yang melibatkan kakitangan hospital di tempat letak kereta bawah tanah. Minggu lepas, warga KTDI dikejutkan lagi dengan kes kecurian motosikal. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk meningkatkan tahap keselamatan di KTDI khususnya.


Pada 26 Julai ini akan diadakan program keselamatan di PPUKM. Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah pameran yang bertempat di auditorium, lobi PPUKM, dan KTDI. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah berkunjung ke program tersebut.


Sesiapa yang mempunyai masalah berkenaan isu keselamatan, bolehlah menghubungi hotline keselamatan di talian  03-91455090.

IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"