Untuk makluman hadirin sekalian, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tarikh 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432H sebagai tarikh untuk mencerap anak bulan Ramadhan.
Terdapat banyak fadhilat kelebihannya ketika berpuasa dibulan Ramadhan namun kelebihan ini hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka yang ingkar, tidak puasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidak berhak mendapatnya
Dibawah ini diringkaskan beberapa maksud Hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.
- Pintu langit dibuka
- Sabda Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Pintu-pintu syurga dibuka
- Sabda Rasulullah SAW: Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintupun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satupun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan).(Riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah R.A)
- Malam Lailatul Qadar
- Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :Ertinya :
Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain ( Riwayat Muslim, no 1175 )Sebuah lagi hadis menyebut :"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
- Amal ibadah bulan Ramadhan
- Solat sunat Tarawih
- Solat-solat sunat yang lain
- Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya
- Memberikan hidangan berbuka puasa
- Banyakkan membaca Tahlil (Syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya)
- Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT
- Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
- Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan bulan kesabaran
- Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah memfitnah, berbohong dan sebagainya.
- Ganjaran Pahala Ibadah dan Fadhilatnya
- Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
- Untuk mendapat rahmat Allah SWT
- Untuk mendapat keampunan Allah SWT
- Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka
- Fadhilat yang lain
- mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
- doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah SWT
- orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada hari Kiamat kelak
- orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT
Dipetik dari buku Kelebihan Amalan Bulan Rejab Sya'ban Ramadhan oleh Hj. Johari Hj. Alias
Semoga kita memperoleh manfaat bersama. Selamat beramal
No comments:
Post a Comment
mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"