Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Wednesday, April 27, 2011

Motivasi & Solat Hajat

MPP Idrul memberi sedikit kata-kata motivasi sambil diperhatikan oleh Dr. Wan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian bagi Allah sekalian Alam yang memberi taufiq dan hidayahnya kepada kita semua. Sekali lagi MPP Idrul turun ke KTSN bersua muka bersama-sama pelajar-pelajar Tahun 2 yang bakal menduduki peperiksaan ulangan bermula 2 Mei 2011.

Sedikit kata-kata perangsang dari MPP Idrul ditambahkan lagi dengan pengalaman serta kata-kata motivasi dari mantan MPP Fakulti Perubatan yang sudah bergelar doktor iaitu saudara Wan Nuruddin Shah Wan Johan.

Dr. Wan memberikan sedikit kata-kata perangsang kepada adik-adik

Kata Dr Wan " Abang, Idrul dan senior-senior lain pasti tidak menginginkan adik-adik sekalian tertinggal di Tahun 2 lagi, kami harapkan 78 orang dikalangan kalian semuanya akan sama-sama melayakkan diri ke Tahun 3 tahun klinikal."

Sesi motivasi dan solat hajat ini bermula dari solat berjemaah maghrib bersama-sama di Surau D, kemudian diteruskan dengan motivasi oleh saudara Wan Nuruddin. Kemudian program diteruskan lagi dengan solat isya dan solat hajat secara berjemaah. Selepas itu, beberapa kumpulan kecil dibentuk dan diketuai oleh abang-abang dan kakak-kakak dari KTDI untuk sesi luahan rasa dan bantuan kepada adik-adik secara lebih mendalam.

Sebahgian senior yang membantu dalam slot kumpulan kecil. Syabas!!


"Kakak dan abang-abang yang turun pada malam ini bukanlah penyibuk atau busy body tetapi mereka sangat memahami perasaan anda semua yang terpaksa mengambil peperiksaan ulangan tatkala kawan-kawan lain berehat di rumah. Kami rasa dan faham perasaan anda. Kami turun untuk membantu sekadar mampu. Insyallah anda semua akan naik ke tahun 3 dengan jayanya tidak akan ada seorang pun akan tertinggal." kata-kata MPP Idrul semasa berlangsungnya program.

Pelajar-pelajar khusyuk mendengar motivasi dan perkongsian abang-abang


Turut hadir MPP Hatem memberi semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 2

Sesi kumpulan kecil. Berkongsi Rasa.

Diharapkan pelajar-pelajar tahun 2 tidak berputus asa, selagi masih ada ruang dan peluang gunakanlah sebaik mungkin. Insyallah Allah akan membantu kalian.Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan              hina-dina." 
Surah Ghafir 40 : 60 

Perjumpaan Bersama Mahasiswa Perubatan Kecemasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam, pada 21 April yang lepas satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama-sama dengan warga baru Fakulti Perubatan iaitu mahasiswa jurusan Perubatan Kecemasan. Bagi mendekati serta memahami masalah mereka MPP Idrul sekali lagi turun ke KTSN untuk mendengar aduan dan masalah mereka.

Sesi ini berlangsung lebih kurang 45 minit di kafeteria KTSN selepas mereka semua tamat menduduki peperiksaan akhir semester. Seramai 12 orang pelajar perubatan kecemasan yang hadir. Aduan mereka berkisar permasalahan kebajikan, isu penempatan kolej dan beberapa masalah lain. Segala aduan dan luahan mahasiswa Perubatan Kecemasan akan diambil perhatian oleh MPP Idrul.

Kata beliau " Kita selaku pelajar Fakulti Perubatan perlu menolong antara satu sama lain tak kira jurusan apa pun yang kita ambil. Apa yang penting adalah kita satu fakulti. Siapa nak tolong (fakulti perubatan) kalau bukan kita. Insyallah kita pasti akan serasi bersama dalam Fakulti Perubatan. Bidang kesihatan tidak boleh berdiri sendiri tanpa doktor, jururawat dan pembantu-pembantu perubatan. Marilah kita mula belajar sebagai satu pasukan dari sekarang."

Insyallah diharapakan MPP Fakulti Perubatan dapat terus membantu Mahasiswa Fakulti Perubatan. Semoga usaha kecil ini dapat menyatupadukan kita sebagai Satu Fakulti yang kukuh dan mantap.

Mahasiswa Perubatan Kecemasan berbincang dan mengutarakan aduan mereka  
MPP Idrul mendengar aduan dari Mahasiswa untuk diambil perhatian

Thursday, April 21, 2011

OPS KISMIS


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. 

Segala puji-pujian bagi Allah, pada hari rabu (20 April 2011) dan khamis (21 April 2011) MPP IDRUL DAUD dan beberapa orang sahabat dari PPUKM turun ke Kampus Cawangan Kuala Lumpur bagi menjalankan OPS KISMIS sempena meraikan MAHASISWA TAHUN 2 yang akan menduduki peperiksaan ulangan pada 2 MEI 2011.

Diharapkan sedikit cenderamata dan keprihatinan kami dapat menaikkan motivasi anda semua dan seterusnya berjaya melangkah bersama-sama ke Tahun Klinikal. Pastinya Tahun Klinikal menghidangkan pelbagai sesi pembelajaran yang lebih menarik dan mengujakan kerana Medic itu Cool.

Kami di PPUKM menantikan kehadiran anda semua dan bersama-sama melangkah menjadi Doktor Perubatan yang lebih cemerlang dan terbilang.






Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Monday, April 11, 2011

Selamat Menempuhi Peperiksaan


Musim Peperiksaan di Fakulti Perubatan masih lagi rancak tanpa henti lagi, Kali ini warga Fakulti Perubatan yang baru sedang bertungkus-lumus dalam peperangan pensil dan kertas. Diharapkan pelajar-pelajar Perubatan Kecemasan dapat menempuhi peperiksaan dengan jayanya. Selamat Menduduki Peperiksaan . Kami seluruh warga Fakulti Perubatan mendoakan kejayaan anda semua.




Perspektif Peperiksaan


Peperiksaan itu bukan satu upacara penamat sesi akademik
Peperiksaan itu adalah kayu pengukur
Mengukur tahap presatasi akademik
Supaya kelak dapat kita bermuhasabah diri.