Bestnya Nikah merupakan satu kempen mengenai pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan diredahai Allah. Pembentukan itu perlu mempunyai asas yang kukuh dan mantap. Maka permulaannya juga harus kita pastikan benar-benar baik dan diredhai Allah.
Bermulanya kempen Bestnya Nikah ini dengan Forum Destinasi Cinta Fitrah yang dikendalikan oleh Imam Muda Asyraf telah mengupas mengenai isu-isu cinta dan persoalan hati di kalangan mahasiswa. Kita ketahui bahawa cinta itu adalah anugerah Allah. Cinta itu adalah fitrah. Namun persoalannya bagaimana kita ingin membawa cinta fitrah itu ke hala tuju yang sebenar tanpa menukar status kepada cinta fitnah.
Jika kita lihat hari ini, ramai remaja yang terkorban angkara mereka tidak menghalakan perasaan cinta mereka ke jalan yang betul berlandaskan syariah. Maka kesan dari itu, kita lihat bahawa angka kes pembuangan bayi semakin meningkat dan kes penzinaan itu sendiri semakin berleluasa.
MPP Fakulti Perubatan, saudara Mohamad Idrul berkata "Melalui kempen ini kita bukan sekadar mahu mendorong orang untuk berkahwin cepat sahaja tetapi kita mahu mahasiswa sedar bahawa bab percintaan, soal hati dan segala yang berkaitan sewajarnya mengikuti jalan-jalan yang betul supaya sampai ke destinasi yang tepat. Oleh itu, kita dapat membendung kes penzinaan sekaligus kes pembuangan bayi yang semakin mengila."
MPP Mohamad Idrul ketika memberikan ucapan dalam Majlis Perasmian Kempen Bestnya Nikah. |
Kini, kempen Bestnya Nikah telah mula melangkah ke Fasa Kedua iaitu program Kursus Kahwin. Kursus Kahwin ini akan dijalankan pada 26 & 27 November 2011. Pihak organisasi program Kursus Kahwin juga telah mengeluarkan tentatif program. Kursus Kahwin ini merupakan satu ruang kepada mahasiswa itu sendiri untuk memahami alam rumah tangga sebagai persedian mereka untuk ke alam perkahwinan.
Diharapkan kempen ini dapat memberikan sedikit kefahaman dan persediaan kepada mahasiswa tentang isu ini. Cinta itu adalah fitrah, maka janganlah kita mengubahnya kepada fitnah.
No comments:
Post a Comment
mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"