Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Friday, November 25, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya?


Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid’ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..
Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.
Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.
Asas pendapat kedua. Bid’ah dholalah (atau kata mereka bid’ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid’ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid’ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid’ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid’ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid’ah dalam agama.
Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid’ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid’ah (baca bid’ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Bestnya Nikah ke Fasa Kedua

Bestnya Nikah merupakan satu kempen mengenai pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan diredahai Allah. Pembentukan itu perlu mempunyai asas yang kukuh dan mantap. Maka permulaannya juga harus kita pastikan benar-benar baik dan diredhai Allah.

Bermulanya kempen Bestnya Nikah ini dengan Forum Destinasi Cinta Fitrah yang dikendalikan oleh Imam Muda Asyraf telah mengupas mengenai isu-isu cinta dan persoalan hati di kalangan mahasiswa. Kita ketahui bahawa cinta itu adalah anugerah Allah. Cinta itu adalah fitrah. Namun persoalannya bagaimana kita ingin membawa cinta fitrah itu ke hala tuju yang sebenar tanpa menukar status kepada cinta fitnah.

Sediakan Payung Sebelum Hujan, Beringat Sebelum Kena

Dana Kecemasan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, info ini diambil dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK). Diharapkan anda dapat memahami dan mempraktikkan segala tip dan maklumat yang berguna mudah-mudah kita dapat menguruskan kewangan kita dengan baik.

Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, “Apabila hujan, ia turun dengan lebat!” Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum tsunami kewangan melanda!

Apakah yang dimaksudkan “Dana 
Kecemasan”?


“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan. Sebagai contoh:
Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
Gigi geraham anda perlu dicabut.
Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya “hujan lebat”!


Mengapa Saya Perlu Ada “Dana Kecemasan”?