Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Friday, December 9, 2011

Sistem GL : Perbincangan Fasa Terakhir

Tahniah dan syabas kepada MPP Mohamad Idrul dalam melaksankan manifestonya  iaitu memperhalusi sistem Surat Jaminan Pelajar atau Guarantee Letter, GL. Isu ini telah berjaya diperbincangkan di peringkat kedekanan Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Ketika ditemui saudara Mohamad Idrul menegaskan bahawa sistem GL ini seharusnya diperbaiki bagi mempermudahkan semua pihak dan mengurangkan birokrasi.

"Alhamdulillah, perkara ini kita telah bincangkan bersama dengan Dekan & Pengarah Fakulti Perubatan Prof Dato' Dr. Raymond Azman Ali semasa lawatan PMUKM ke Fakulti Perubatan. Sambutan dari pihak pentadbiran sangat memberangsangkan dan di peringkat mereka sendiri akan memperhalusi semula sistem ini supaya tidak membebankan pelajar." 

"Selepas dari itu, kita telah menghantar surat susulan dengan mengemukan beberapa cadangan bagi mempermudahkan sistem GL ini. Kita harap dalam sedikit masa lagi akan ada perubahan di dalam sistem ini."

Antara cadangan yang dikemukan oleh saudara Mohamad Idrul adalah menukar sistem GL sedia ada  kepada:

1. Sistem Kad Matrik
2. Sistem Buku Biru
3. Sistem secara dalam talian (online)

Oleh itu, cadangan-cadangan yang dikemukan dapat membantu pihak pentadbiran dalam usaha memperhalusi sistem Surat Jaminan Pelajar atau Guarantee Letter, GL. 

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"