Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1.Pada 28 November 2012 (Rabu) telah pun berlalu sesi dialog kebajikan JPA bersama mahasiswa/i di Auditorium PPUKM dengan jayanya. Di peringkat MPP dan PERSIAP amat berpuas hati dengan perjalanan sesi dialog 2 hala yang dikira efektif dan tercapai objekti
fnya. Antaranya :
- penerangan lebih jelas berhubung sebab dan faktor kelewatan kemasukan biasiswa JPA
- langkah mengatasi dan keputusan rasmi tarikh kemasukan biasiswa iaitu pada 29 November 2012 (khamis)
- jaminan kemasukan biasiswa
- muhasabah tentang kepentingan pengurusan wang, masa dan prestasi akademik
- cara mengatasi kesilapan yang sama pada masa akan datang
- isu "claim" tiket kapal terbang mahasiswa/i yang berasal dari Sabah dan Sarawak
- isu "claim" latihan amali sebanyak rm900 setiap semester
- dan isu-isu yang lain.
2. Dengan rendah hati, kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dengan baik. Komunikasi yang efektif di antara mahasiswa/i dengan wakil pemimpin mahasiswa juga dengan pihak atasan telah berjaya membentuk suatu jalinan yang kukuh dan diharapkan agar berterusan dan dipertingkatkan.
3. Selain daripada isu ini, terdapat banyak lagi isu kebajikan yang masih belum disuarakan dan diambil tindakan. Sebagai contoh isu kafe, kecurian dan sebagainya. Untuk itu, pihak kami menyeru dan mengajak agar mahasiswa/i dapat meluangkan masa dan menghubungi kami supaya setiap masalah dapat diatasi dengan seberapa segera.
4. Daripada mahasiswa untuk mahasiswa. Suatu kepimpinan dianggap berjaya dan membumi apabila adanya konsistensi dalam komunikasi dan saling membantu secara ikhlas. Akhir kata, sebarang cadangan dan persoalan amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Kenyataan bersama.
1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)
2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM