Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Friday, November 16, 2012

Kekejaman Zionis : GAMIS Rangka Empat Tuntutan


Kekejaman Zionis : GAMIS Rangka Empat Tuntutan
Berikut empat tuntutan yang dikemukan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di Hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo hari ini (Khamis 15 November 2012). Antaranya :

1) Mengadakan pertemuan bersama kedutaan Turki dan Mesir untuk memastikan bantuan diberikan sepenuhnya buat umat Islam di Ghazzah.
2) Menuntut UN agar menghentikan serangan Israel ke atas Ghazzah. Memorandum akan diserahkan ke pejabat UN Kuala Lumpur.
3) Meminta agar Menteri Luar Malaysia menyatakan pendirian bahkan berusaha untuk bertindak membantu umat Islam di Ghazzah.
4) Mengadakan demonstasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Amerika sebagai protes terhadap kezaliman Amerika dan Israel terhadap Ghazzah.



Doa Qunut Nazilah

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram

Berhijrahlah ke arah kebaikan

                                    SUMBER: Portal Ustaz Melaka.net
                                    MPP FPer "Lead the Change" BerGM Lebih Baik

Saturday, June 9, 2012

Musibah Lenyap, Doapun Hilang | iluvislam.com discover the beauty of islam


Saat diri dilanda musibah, barulah kita sedar akan kudrat kita sebagai hamba Allah. Kita menjadi lemah, tidak berdaya, malah hampir berputus asa terhadap apa yang menimpa kita. Agaknya, kita lupa bahawa Allah memberi ujian berdasarkan kesanggupan kita.
Musibah dirasakan terlalu berat. Tidak mampu dipikul. Sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita duduk mengeluh pada Allah, memohon agar dihilangkan ujian itu.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengankesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
[2:286]
"Ya Allah.. mengapa aku diuji dengan musibah ini? Sesungguhnya aku tidak berdaya menanggungnya. Maka hilangkanlah musibah ini Ya Allah.. Hilangkanlah.."
"Ya Allah.. sembuhkanlah kembali kaki aku. Sembuhkanlah ya Allah.. Aku tidak sanggup menanggung derita kesakitan ini. Sembuhkanlah Ya Allah.."
"Ya Allah.. bilakah kesusahan ini akan berakhir? Hidup aku susah Ya Allah.. Aku tidak tahan menghadapinya. Bantulah aku Ya Allah.. Berilah rezeki kepadaku Ya Allah.."
Begitulah antara sedikit luahan hati seseorang insan yang mengaku lemah ketika ditimpa sesuatu musibah. Kesusahan, kemudaratan, kemelaratan, kesakitan, kekurangan dan segala jenis ujian yang datang dipinta agar segera pergi.
Amalan soleh seperti mengerjakan solat, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, dan sebagainya mula dilakukan dengan serius. Kebergantungan pada Allah dipanjatkan dengan doa yang penuh kesungguhan. Kita bersungguh-sungguh merayu dan meminta sehingga mengalir air mata pengharapan.
Namun..

Apa sudah jadi dengan diri kita apabila Allah mengabulkan doa dan menghilangkan musibah yang kita alami? Bagaimana kehidupan kita selepas Allah menggantikan musibah itu dengan nikmatNya? Ke mana perginya amalan-amalan soleh yang dahulunya diusahakan untuk taat kepada Allah?Mengapa dibiarkan amalan itu lenyap ketika nikmat muncul?
Alangkah malangnya jika perkara sedemikian berlaku dalam diri kita. Sangat jelas menunjukkan bahawa kita tidak serius dalam kehidupan. Kita hanya mengingati Allah dan berdoa kepadaNya ketika ditimpa musibah atau bala. Kita lalai dalam menjalankan keimanan kepada Allah. Buruk sungguh perangai kita di hadapan Allah. Musibah hilang, doapun hilang..
"Dan apabila manusia ditimpa kemudharatan dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan mudharat itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) mudharat yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
[10:12]
Perhatikanlah bagaimana reaksi Allah terhadap manusia seumpama ini;
Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya. Kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya, lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya.
Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan keingkaranmu itu buat sementara waktu. Sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". 
[39:8]
Sahabat-sahabat semua..Ubahlah perangai kita. Abdikanlah diri sepenuhnya kepada Allah, tidak kira waktu susah ataupun senang. Apabila diri kita hanya melaksanakan ketaatan kepada Allah ketika ditimpa musibah, nescaya akan rugi besarlah kita.
Kita akan dibiarkan hidup bersenang-senang di dunia ini buat seketika. Lalu dibiarkan hidup menderita sengsara di Neraka buat selama-lamanya. Mahukah? Na'uzubillah!!

Monday, January 2, 2012

Kajian Pindaan AUKU 1971

Kementerian Pengajian Tinggi(MOHE) sedang menjalankan kajian tentang pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971. Jadi marilah semua mahasiswa klik Kajian Pindaan AUKU 1971 dan menjawab semua soalan dalam kajian ini. Anda juga boleh layari laman web ini Laman Web Kajian Pindaan AUKU. Sebarang pertanyaan, maklumbalas atau pandangan mengenai AUKU boleh disalurkan melalui akaun Facebook rasmi pindaan AUKU atau emelkan ke aukuwg@mohe.gov.my

Wednesday, December 28, 2011

SEMANGAT PRK SEKARANG VS SEMANGAT PRK DULU


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran kita ucapkan kepada Allah  yang masih lagi memberi kita waktu 24 jam sehari, yang masih mengurniakan kita akal untuk berfikir dan yang paling penting Allah S.W.T masih lagi memberi nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Adakah amalan-amalan yang dilakukan di bulan ramadhan masih diteruskan hingga ke hari ini..masih bertadaruskah kita??? Masih bangun untuk berqiamulail kah kita? Tepuk dada tanyalah IMAN masing2. Waktu terus berlalu. Sedarkah kita semua, bahawa kita akan menghadapi satu perjuangan yang besar?ye. satu perjuangan yang besar..iaitu PRK.

Telinga siswazah Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis, bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu, mereka tidak lagi menjadi menara tempat suara rakyat dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut dipertikaikan. Kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang.
Semua ini adalah fenomena, yang tersimpul di dalam sepatah kalimah. Ia mewakili sindrom jangkitan ke atas minda siswazah iaitu AKU TIDAK PEDULISMA

Selaku kumpulan siswazah cemerlang dan terpilih, apatah lagi yang menekuni pemikiran Islam seperti kebanyakan kita, tentunya kita berasa gerun dan sensitif dengan fahaman-fahaman anti Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat. Sekularisma selaku penghulu kepada ideologi anti Islam, mencambahkan pelbagai nama fahaman yang di sesetengah keadaan, berselindung di sebalik nama-nama enak seperti modenisma, pembaharuan dan sebagainya. Kapitalisma, sosiolisma, liberalisma, materialisma atau apa sahaja fahaman yang bermain nama, semuanya menjurus ke arah menjauhkan umat Islam dari Islam itu sendiri.


Namun, apakah ada ideologi yang lebih merbahaya dari idelogi yang bernama ‘aku tidak pedulisma’. Ia adalah ideologi yang menolak bentuk manusia berfikir, mengecam manusia berjuang, dan mengenepikan manusia berbakti. Ia adalah fahaman yang bersifat ananiah, tiada sensitiviti, tiada perjuangan, bahkan hanya berusaha ke arah melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada dirinya sendiri. Golongan ‘aku tidak pedulisma’ adalah manusia yang menutup semua pintu untuk manusia lain mendekatinya, mereka tidur di dalam jaga dan mati semasa hidup.

Fenomena paling ketara bagi kelompok ‘aku tidak pedulisma’ ini adalah budaya hedonisma. Hedonisma yang sepatutnya menjadi gejala golongan yang tidak berpendidikan dan rendah moral, merayap masuk ke celah-celah golongan siswazah dan intelek. Ia adalah budaya cinta dan ketagih hiburan. Apa yang dimahukan hanyalah unsur-unsur yang membawa cuti minda, atau mungkin berakhir dengan kematian idealisma dan erti hidup.

Adalah sukar untuk membayangkan perubahan, jika golongan siswazah terus tenggelam di dalam budaya hedonisma. Mereka yang diharapkan mampu memimpin perubahan, berubah menjadi kelompok juzuk masyarakat yang hilang keprihatinan. Tidak bergerak sebagai pembela masyarakat, mereka berubah menjadi beban.

Kita khuatir dunia dipenuhi oleh golongan oportunis yang hanya hidup bersandarkan maslahah. Lebih membimbangkan jika kelompok ini adalah kelompok siswazah Muslim. Takutilah sindiran Allah SWT di dalam Al-Quran:

“Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” (Surah Al-Hajj 22 : 11)

Artikel ini diubahsuai daripada versi asal yang dibentangkan oleh penulis sempena Persidangan Persatuan Mahasiswa Jordan Pertama Jordan (PERTAMA) pada 27 – 29 Jun 2001
ABU SAIF @ www.saifulislam.com