Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Friday, January 7, 2011

SeUNGU Hari Itu

Sumber: SiswaLanie

seUngu hari itu..
kami berkampung atas dasar 1 DAKWAH
kami berintima’ atas baiah yg telah dipatri
kami menginfaq segala yg termampu
kami berjemaah dalam tiap derapan
kami menyemai benih-benih kasih
lantas menyemarakkan izzah mujahid mujahidah
kerna kami mencari NUR dan mardhatillahMU

seUngu hari itu..
percambahan minda terus didoktrin
penyatuan fikrah makin dipahat
seia sekata senada dan seirama
dalam merealisasikan perancangan itu
insyaallah dengan menelurusi jalan-jalan syariat
berpaksikan al Quran & as Sunnah

seUngu hari itu..
hati-hati kami telah berSATU
berhimpun dalam naungan cintaMU
bertemu dalam ketaatan
bersama menegakkan kebenaran
bermusyawarah dalam membuat keputusan
berijtima’ dalam memantapkan tanzim
bermukhayyam rehlah untuk jasadiyyah
sambil taqarubbillah menyuntik ruhiyyah

seUngu hari itu..
akan kusimpul menjadi cebisan kenangan terindah
dalam meniti kehidupan yang mendatang
yang pasti memerlukan bekalan yang cukup
untuk kubawa bersama meneruskan wasilah ini
ya Allah, ya Rahman ya Rahim
KAU limpahkan cahaya buat kami
KAU permudahkan segala gerakeje kami
KAU bukakanlah pintu-pintu rezeki buat kami
moga dari dulu, kini dan selamanya
ISLAM IMAN sentiasa di HATI kami..
amenn..ameenn ya rabbal alamin.

Friday, December 31, 2010

2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga kedatangan tahun baru disambut dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Pastinya setiap kali menyambut kedatangan tahun baru, ramai yang memasang azam yang baru. Bagaimana dengan azam kita semua pada tahun lepas? Adakah sudah terlaksana?

Marilah sekali lagi kita sama-sama memasang azam baru supaya masa akan datang menjadi lebih baik dari masa sekarang.

~bersedia melangkah setapak kehadapan~

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Muda

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.



Kami wakil MPP perubatan ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang telah berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010. Hal ini akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan dalam dunia bola sepak negara.

Kita sebagai mahasiswa perlu mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh skuad Harimau Muda!

Tahniah Prof Muhaya

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Prof Muhaya telah terpilih untuk menerima Anuokoh Ilmuan Selangor 2010 oleh Kerajaan Negeri Selangor. Anugerah ini diwujudkan bagi memberi penghormatan kepada para ilmuan yang berjasa kepada masyarakat dan negara. Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, sumbangan besar tokoh ini diharapkan dapat membangkitkan suasana keilmuan dan menyambung usaha menjadikan negeri ini sebagai hub ilmu ilmuan dan pendidikan.



Tidak dapat dinafikan, sumbangan Prof Muhaya kepada masyarakat sangat besar. Beliau sering kali muncul di kaca televisyen dan juga di radio-radio tempatan bagi memberi motivasi kepada masyarakat. Beliau telah menjadi ikon siaran motivasi di televisyen khususnya Dari Mata Turun ke Hati di Astro.

Ketika ditemui seusai majlis, Prof Muhaya melahirkan rasa yakin dengan program membangunkan modal insan yang dipelopori oleh jawatankuasa diketuai Dr Halimah, SPIES selama ini. Rakyat Selangor hendaklah menghayati SPIES kerana ia dapat membawa manusia kearah yang lebih positif.

Tahniah buat Prof Muhaya yang telah menerima anugerah tersebut. Mahasiswas UKM seharusnya mengambil contoh daripada beliau yang juga merupakan graduan UKM. Dengan ini, diharapkan kita semua lebih bersemangat untuk berbakti kepada negara, agama, dan bangsa.

Sunday, December 26, 2010

well said

The world as we have created it is a process of our thinking. It cannot be changed without changing our thinking- Albert Einstein