Rakan MPP FPer
Saturday, July 24, 2010
Tarikh :
30 Julai 2010 (Jumaat)
Masa :
8.00 - 11.00 malam
Tempat :
DK43.101 DTAMS
Ahli Panel :
1- PM Dr Harlina Halizah binti Siraj
2- Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin
2- Tuan Musa bin Awang
Moderator :
Mohd Ajwadi Ahmad
Anjuran :
MPP Fakulti Pendidikan
Dengan Kerjasama :
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan
Tuesday, July 20, 2010
MINGGU KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN UKM 2010
Salam mahasiswa. Pada 26 - 30 Julai 2010 bertempat di Pusat Perubatan UKM, akan diadakan minggu keselamatan & kesihatan pekerjaan (MKKP) UKM 2010 anjuran Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP UKM). Objektif MKKP kali ketiga ini adalah untuk mempromosi dan menimbulkan kesedaran serta meningkatkan kesedaran serta meningkatkan tahap kepekaan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan para pekerja dan pelajar UKM khusunya serta pelanggan UKM amnya. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah :
Pihak penganjur berharap agar dapat membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup warga UKM semasa bekerja.
sumber : ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/072010/12-52-1.pdf

Saturday, July 17, 2010
SETELAH DUA MINGGU BERGELAR MAHASISWA/I UKM
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa khususnya bagi pengambilan sesi 2010/2011. Bagaimanakah perasaan anda setelah seminggu menjalani minggu orientasi dan seminggu mengenal selok belok menjadi mahasiswa di fakulti masing-masing?
Untuk pengetahuan umum, mahasiswa tahun satu telah menjalani orientasi di UKM Kampus Induk bermula pada 4 Julai 2010 sehingga 10 Julai 2010. Bagi mahasiswa Fakulti Perubatan, bagi Ijazah Perubatan dan Ijazah Kejururawatan, perjuangan mereka telahpun bermula di Dewan Gemilang di Kampus UKM Bangi. Disini, pihak tertinggi pentadbiran UKM serta MPP telah turun padang untuk sama-sama meraikan kemasukan mahasiswa baru.
MPP Farih bersama-sama dengan Naib Canselor UKM Prof Dato Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM Prof Dato’ Dr Lokman bin Saim dan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib meraikan kedatangan mahasiswa/i baru UKM.
Setelah hampir seminggu menjalani orientasi di UKM Bangi, mahasiswa kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir berangkat pulang ke kolej masing-masing. MPP Fakulti Perubatan berkesempatan menyambut kehadiran mereka di kediaman mereka.
Setelah seminggu berada di kampus, kami di pihak MPP dan kakak-kakak dan abang-abang amat berharap agar adik-adik mahasiswa sekalian akan terus berjuang dalam pengajian masing-masing. Liku-liku perjalanan pasti akan memberi cabaran, tapi dengan tawakal dan tekad, insyaAllah kejayaan berada dalam genggaman kalian.
IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA
Wednesday, July 14, 2010
ISRAK MIKRAJ DAN AHLAN WA SAHLAN SYA'BAN!
Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Dr Mahasiswa anda!
Ha..hari ni Dr Mahasiswa nak tanya pada sahabat-sahabat semua, tahu tak pada hari ini, 13 Julai 2010 kita telah melangkah ke satu lagi bulan yang baru dalam kalendar hijrah? Ya, pada hari ini kita telahpun memasuki bulan Sya'ban 1431H iaitu bulan ke-8 dalam kalendar hijrah. Alhamdulillah, kita sekali lagi telah diberi rahmat dan rezeki oleh ALLAH untuk bertemu dan hidup pada bulan ini. Secara tidak lansung, kita hanya tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi untuk memasuki bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, yang sentiasa kita nanti-nantikan kedatangannya setiap tahun iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Ha..mudah-mudahan sahabat-sahabat semua sudah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk menghadapi bulan puasa nanti. Di sini Dr Mahasiswa ingin menyeru sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama menjalankan 'rehearsal' puasa Ramadhan dengan lebih kerap lagi, ya?
Walaupun kita telah memasuki bulan Sya'ban pada hari ini, diharap agar kita semua tidak lupa dengan bulan Rejab yang baru sahaja berlalu pergi meninggalkan kita. Dan sebelum Rejab melabuhkan tirainya, terdapat satu peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj yang telah berlaku pada 27 Rejab. Sehubungan dengan itu, Surau al-Razi Kolej Tun Dr. Ismail telah menganjurkan satu program untuk kita, warga KTDI khususnya dalam mengingati kembali peristiwa yang amat bersejarah bagi umat Islam ini. Majlis bermula selepas waktu Maghrib dengan tayangan multimedia dokumentari Jejak Rasul mengenai peristiwa ini. Sungguhpun tidak pernah menjejakkan kaki ke Masjidil Aqsa, Dr Mahasiswa berasa sangat seronok dan terharu kerana dapat menyaksikan sendiri ruang dalaman masjid yang kedua yang dibina di atas muka bumi yang juga merupakan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi seperti yang dipertontonkan dalam dokumtari tersebut. Dokumentari tersebut juga ada menunjukkan beberapa batang tiang asal Masjidil Aqsa yang telah dibina sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Mudah-mudahan kita semua dapat menjejakkan kaki ke Masjidil Aqsa suatu hari nanti, insyaALLAH!
Suka Dr Mahasiswa ingin kongsikan disini mengenai salah satu peristiwa yang ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda berada dalam perjalanan tersebut di mana baginda telah menemui satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Subhanallah! Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan yang sentiasa berjihad fisabillah tersebut, amin.

Tuesday, July 13, 2010
SELAMAT DATANG =)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kami wakil majlis perwakilan mahasiswa mengucapkan selamat datang buat adik-adik yang baru mendaftar. Tuntutlah ilmu sebaik mungkin. Jadilah warga UKM yang berjaya serta menaikkan nama universiti di mata dunia.
Jika adik-adik ada masalah sepanjang berada di UKM ini, bolehlah diajukan kepada kami, wakil mahasiswa. Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segala masalah yang adik-adik alami.
KAMI MAHASISWA PRIHATIN
Monday, July 12, 2010
MENYELUSURI DI SEBALIK ISRA'MIKRAJ
Umum sedia maklum bahawa tiang agama bagi agama Islam adalah solat. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana wujudnya tuntutan solat lima waktu sehari semalam.
http://www.facebook.com/reqs.php?fcode=a111e5337&f=587563740#!/notes/shaiful-nizam/sebarkan-rejab-isra-miraj-dan-sebuah-malapetaka/405695712422

Saturday, July 10, 2010
HANYA ORANG SIBUK ADA MASA
Saya tertarik pada satu komen pembaca blog di ruangan sembang. Terima kasih atas cadangan saudara/i. Kami pihak MPP akan mempertimbangkan cadangan saudara/i.
Hanya orang sibuk ada masa.
Pepatah ini mengubah paradigma pemikiran saya buat seketika ketika membelek buku ‘Mengurus Kerja dan Waktu’ tulisan Saudara Fadzly Yusuf. Fikiran saya yang batu dan buntu ketika itu dek kerana dihimpit oleh kerja membukit, meletakkan diri saya terlalu obses dengan masa. Merasakan diri seolah-olahnya sibuk sehingga acapkali mengkesampingkan hal-hal yang dianggap 'runcitan'.
Saya percaya ada di kalangan anda begitu. Apabila kehidupan dihimpunkan dengan kesibukan demi kesibukan, mulalah berpersepsi seperti ini - ‘orang sibuk tiada masa.’
Maka akan kedengaran kata-kata berbau alasan bagi mengenetepikan ajakan untuk berbuat sesuatu yang lain, yang dianggapnya menganggu kerjanya sebelum itu. Adalah merugikan bila kesibukan itu berbentuk peribadi dan hasilnya bukan manfaat untuk dikongsi-kongsi.
“Ah, takde masalah nak buat perkara tu, saya sibuk.”
Kedua-dua kosa kata ini sememangnya sangat sinonim dengan orang yang sibuk. Sibuk ertinya tiada masa. Sibuk, tiada masa. “Sori, takde masa lah, saya sibuk!”.
Mengaku tiada masa kerana sibuk, mengaku sibuk lalu tiada masa. Persepsi yang menjadikan diri seorang yang obsesif.
Kesibukan secara tidak langsung meletakkan diri kita sebagai seorang individu yang sentiasa mempunyai masa, bukan tiada masa. Kehadiran masa yang bergerak saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, adalah suatu yang sangat dihargai secara tuntas oleh orang yang sibuk. Perkara yang sama tidak pragmatik bagi seorang penganggur mahupun pemalas. Bagi mereka, tiada catatan masa sebagai pelari pecut yang mengejar lawannya di gelanggang olahraga masa.
Sesaat masa adalah usaha seorang pekerja,
sesaat masa adalah hasil seorang petani,
sesaat masa adalah ilmu seorang pelajar,
sesaat masa adalah karisma seorang pemimpin,
sesaat masa adalah idea seorang penulis, dan;
sesaat masa adalah keuntungan seorang peniaga.
Sesaat masa berbuah pahala seorang ahli ibadah.
Jangan mengaku bahawa anda individu yang sibuk, jika masih gagal mengoptimakan usaha dalam sesaat masa. Jika anda sibuk, tandanya anda mempunyai masa kerana kehadiran masa sentiasa dihargai oleh mereka yang sibuk. Hakikatnya, orang yang sibuk adalah di kalangan yang bijak mengendalikan masanya. Dia mempunyai masa dan dia belajar mengendalikan masanya, agar setiap inci masa adalah kepunyaannya.
Jika mengaku sibuk tetapi masih gagal mengoptimakan masa sebaik mungkin, tandanya anda bukan sibuk tetapi penyibuk! Sibuk pada urusan yang tidak perlu adalah sikap seorang penyibuk. Bijaklah mengutamakan mana yang lebih utama agar kita tidak menjadi pembunuh kepada diri sendiri dengan bius kesibukan yang tidak perlu.
Waktu kosong itu tidak ubahnya seksaan halus ala penjara cina; meletakkan seorang tahanan di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya si tahanan menjadi stress dan gila. Bunuhlah waktu kosong dengan ‘pisau’ kesibukan. Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50 peratus kebahagiaan.
Oleh itu, bangkitlah kalian sekarang juga. Kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji kitab, menulis, mengemas meja kerja, berprogram atau berbuatlah apa sahaja yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. Jangan berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Renungilah kata-kata pepatah Arab, “Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang) akan membunuh dirinya”.
Elakkan statik. Jadilah pemuda dan pemudi yang dinamik, menggerakkan enjin diri dengan kecepatan paling tinggi. Jangan lupa, servislah enjin itu selalu agar tidak mati ditengah jalan dan tahan lasak dalam jangka usia yang lama.
"Terima kasih Tuhan kerana menjadikan saya seorang yang sibuk. Semoga kesibukan ini akan berterusan bagi mencari bekal mengisi kelompongan buku amalan kananku."
Sudahkah kita bersedia menghadapi Hari Sibuk di SANA…? Jika belum bersedia atau tidak cukup persediaan, jangan mengaku sibuk! Semoga kesibukan di dunia membantu kelapangan kita di akhirat.
sumber : re-engineering of Islamic building

Wednesday, July 7, 2010
KESELAMATAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sejak kebelakangan ini, isu keselamatan menjadi salah satu isu yang sering dibincangkan dikalangan mahasiswa dan juga pihak pentadbiran. Hal ini berlaku bukan sahaja pada peringkat kolej semata-mata, malah melibatkan seluruh warga PPUKM. Isu keselamatan menjadi salah satu agenda utama kami, MPP mahasiswa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan sesuatu terhadap perkara ini.
Pada 25 Jun yang lalu, kami telah berbincang bersama unitn keselamatan berkenaan isu ini. Berdasarkan maklumat yang diterima, kini banyak bahagian dalam PPUKM yang sedang ditambah baik. Justeru, ramai pihak luar yang terlibat dengan aktiviti penambahbaikan tersebut. Warga PPUKM amnya dan mahasiswa khususnya perlulah lebih berhati-hati sepanjang berada di PPUKM. Sekitar bulan Jun telah berlaku 1 kes ragut yang melibatkan kakitangan hospital di tempat letak kereta bawah tanah. Minggu lepas, warga KTDI dikejutkan lagi dengan kes kecurian motosikal. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk meningkatkan tahap keselamatan di KTDI khususnya.
Pada 26 Julai ini akan diadakan program keselamatan di PPUKM. Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah pameran yang bertempat di auditorium, lobi PPUKM, dan KTDI. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah berkunjung ke program tersebut.
Sesiapa yang mempunyai masalah berkenaan isu keselamatan, bolehlah menghubungi hotline keselamatan di talian 03-91455090.

Tuesday, July 6, 2010
MPP FARIH DI PAC
Pada 18 dan 20 June 2010 yang lalu, telah diadakan Kempen Kesedaran Penyakit Prostat yang bertempat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pameran kesihatan, pemeriksaan kalenjar prostat secara percuma dan larian kesedaran.
MPP Farih di Booth Klinikal
MPP Farih di Booth Klinikal
MPP DI PAC
Pada 18 dan 20 Jun 2010, satu Kempen Kesedaran Penyakit Prostat 2010 telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran kesihatan, ujian saringan kanser prostat yang diadakan secara percuma serta larian kesedaran kanser prostat yang telah menarik ramai pihak sama ada warga PPUKM mahupun pihak luar.
Subscribe to:
Posts (Atom)