Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Monday, November 8, 2010

diari mpp

Salam dan selamat sejahtera drmahasiswa ucapkan.

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)

Alhamdulilah. Jogathon PPUKM pun sudah selesai. Jutaan terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang membantu dengan bersungguh-sungguh dalam menyediakan numbering peserta  dan menampal poster di kolej kediaman pelajar. Buat pengetahuan semua, Jogathon PPUKM diadakan sempena sambutan 40 tahun UKM. Ianya diadakan pada 6 November 2010 pada jam 7.00 pagi di Lobi PPUKM.

Sebagai tanda sokongan, MPP Farih telah menyertai jogathon tersebut. Memang tak expect  nak menang sebab lari-lari ni bukanlah sukan kegemaran berbanding yang lain, tetapi bila tengah berjogging tu (banyak berjalan je) sempat pulak buat refleksi diri.

1. Jogging ni memang bagus untuk kesihatan. Sangat bertepatan dengan tema BERUBAHLAH demi KESIHATAN. Mulakan dengan langkah pertama@ PPUKM.

2. Segala apa yang dilakukan, haruslah mengikut syariat Islam. Teringat Farih kepada seorang pelari pecut wanita Muslim dari Bahrain, namanya Roqaya Al Gassra dalam acara 200 meter. Kalaulah dalam WORLD STAGE TRACK ada muslimah yang boleh menjaga aurat, inikan pula larian peringkat hospital?

3. Mula-mula ingatkan memang takde harapan dalam jogathon ni dan bajet nak disqualified je (hehe) ,sebabnya, diri sendiri yang memang tak suka lari + lari sikit dah semput + berlatih pun dua hari sebelum tu (berlari belakang rumah), tapi bila dapat tahu Aishah the unbeatable runner nombor 571, so diri sendiri yang daftar terakhir bagi kategori mahasiswi ni nombor 580 ni mesti ada harapan dapat tempat 10 teratas insyaAllah. Waktu tu memang teringat ayat cinta Allah dalam surah Yasin (rujuk ayat diatas).

Walaupun dapat tempat tercorot dalam kategori ni, banyak hikmah yang Farih dapat dari pertandingan ni. Last but not least, alhamdulilah, Allah ingatkan diri ini yang semua hanyalah pinjaman semata ( mengalami muscle ache kat lower limb)

p/s: sorry for the 'rojak' sentences, have to admit that i have a very poor linguistic skill

No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"