Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Thursday, October 28, 2010

Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, diberikan sinar padanya dari cahaya diantara dua Jumaat." (Sahih : al-Albani di dalam Soheh al-Targhib)

Tuesday, October 26, 2010

a butterfly's lesson

About Struggling...

A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further. So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon. The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings. The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.




Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly. What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were Allah's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If Allah allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!

I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.

I asked for Love..........
And Allah gave me Troubled people to help.

I asked for Favors.........
And Allah gave me Opportunities.

I received nothing I wanted .......
I received everything I needed!

Saturday, October 23, 2010

Selamat menduduki peperiksaan

 

sumber gamber : paper boat 

Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka

Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakanlah (belanjakan) kelebihan hasil usahamu untuk akhirat.

Dunia jangan ditolak semua agar engkau tidak menjadi 'parasit' (orang yang menumpang hidup pada orang lain) tanpa membalas apa-apa yang menyusahkan manusia (orang) lain.

Luqman Al-Hakim.

Selamat menduduki peperiksaan buat pelajar perubatan tahun 3 Universiti Kebangsaan Malaysia. Rabbi Yassir Wala Tu assir~


Sunday, October 17, 2010

Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman

Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman & Pendaftaran Masuk Kolej


Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Semester 2

Perhatian kepada semua pelajar, anda semua diminta membuat pengesahan penginapan kolej kediaman bagi Semester 2 sesi 2010/2011 di www.ukm.my/upp dari 11-26 Oktober 2010. Denda akan dikenakan sebanyak RM25/hari jika anda lewat membuat pengesahan.




Pendaftaran Masuk Kolej

Semua pelajar juga dikehendaki pergi ke Pejabat Pentadbiran KTDI untuk membuat pendaftaran masuk kolej pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah. Anda juga diminta membawa 2 keping gambar berukuran pasport (Tulis nama, no telefon & no bilik di belakang gambar tersebut) ke pejabat kolej semasa mendaftar masuk kolej.Sila pastikan anda telah membuat pengesahan penginapan kolej kediaman sebelum anda datang ke pejabat kolej untuk mendaftar masuk kolej.

Pelajar Perubatan Tahun 3:22-26 November 2010

Pelajar Perubatan Tahun 4:18-22 Oktober 2010

Pelajar Perubatan Tahun 5:18-22 Oktober 2010 (Pelajar yg ke Slim River & Teluk Intan boleh pergi selepas habis posting di sana)

Pelajar Kejururawatan (Semua tahun)=27-31 Disember 2010

sumber : Jaksa KTDI

Thursday, October 7, 2010

a simple message

Keep me close to you, Rabbi.

“When Allah wills good for a servant of His, He expedites his punishment in this life; and when He wills retribution for a servant of His, He holds his sins for Him to judge him by them on the Day of Resurrection.” (Tirmidhi)

Sakit Mental

Sakit Mental : Ancaman Masyarakat Moden
www.iluvislam.com
Oleh : Muhamad Hanafi Bin Muhamad Hashim*
Editor : almusafirq8



Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia. Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental. Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua. Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental. Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.


Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.


Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.


Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental. Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan. Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum. Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan. Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.


Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri. Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.


- Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.


- Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.


- Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.


- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.



Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental. Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.


Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang ‘gila'. Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental. Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum. Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.



Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.



* Program Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

sumber : iluvislam