Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Thursday, August 25, 2011

Syoknya!! Kembara Syifa'


“Menjadi seorang doktor merupakan satu bidang kerja yang mulia dan berkait rapat dengan masyarakat. Namun jika ditambah nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai murni dapat melahirkan seorang doktor yang holistik. Bukan sekadar merawat fizikal tetapi merawat jiwa masyarakat.” Idrul Daud, MPP Fakulti Perubatan.

Atas dasar semangat itu, MPP Fakulti Perubatan telah menganjurkan program Kembara Syifa’ dengan kerjasama Quranic Team, Persiap. Kembara Syifa’ merupakan satu program yang julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Perubatan.Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kampus PTS, Janda Baik.
Peserta Kembara Syifa bersama fasilitator

Kembara Syifa’ mendedahkan kepada para  peserta tentang kepentingan menjadi seorang doktor yang mempunyai nilai-nilai professional dan beretika .Mereka juga didedahkan dengan pelbagai aspek kehidupan masyarakat bagi menyediakan diri sebagai seorang doktor yang holistik. 

Seramai lebih kurang 28 orang peserta yang menyertai program ini. Mereka semua berasa sangat beruntung kerana menghadiri program ini.  Program ini mampu memberikan perspektif baru kepada semua pelajar untuk menjadi mukmin doktor yang terbaik.