Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Sunday, May 30, 2010

MALANG TIDAK BERBAU

Pada hari Khamis, 27 Mei 2010, seorang pelajar perubatan tahun tiga yang baru sahaja mendaftar di Kolej Tun Dr Ismail telah dimasukkan ke wad berikutan kemalangan yang berlaku ketika sedang mengemas bilik. Satu pembedahan telah dijalankan iaitu 'Wound Exploration and Tendon Repair for Extensor Tendon Cut Longitudinal at Zone 4 of Right Mf'.

Kini, pelajar terbabit sudahpun keluar wad dengan keadaan yang baik dan sebagai mahasiswa prihatin, marilah sama-sama kita berdoa agar beliau dapat pulih seperti sebelumnya dan dapat memulakan tahun pengajian klinikal dengan jayanya.


Saya mahasiswa prihatin!

Saturday, May 29, 2010

AWAS KECURIAN DI KOLEJ TUN SYED NASIR

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera dari MPP anda!

     Tengah hari tadi, MPP mendapat laporan berkenaan kecurian yang baru sahaja berlaku di Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur. Mangsa ialah pelajar perubatan tahun 2 yang sedang menunggu keputusan peperiksaan ke tahun klinikal. Beliau kehilangan 'laptop', dompet dan 'handphone' sekembalinya dari tandas yang hanya berdekatan dengan bilik di blok C, KTSN. 

     MPP sangat kesal dengan kejadian yang berlaku dan turut bersimpati dengan pelajar tersebut. Para pelajar dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan barangan berharga dan sentiasa mengunci pintu bilik apabila keluar. Jika terdapat sebarang masalah kecurian atau yang berkaitan, sila laporkan segera kepada pihak polis dan pihak-pihak berwajib. MPP akan membawa perkara ini ke unit kebajikan untuk memohon bantuan bagi pelajar yang mengalami kerugian tersebut. Pesanan terakhir, bantulah rakan-rakan anda yang dalam kesusahan. Insha Allah Tuhan akan membalas jasa anda dengan berlipat kali ganda dari arah yang tidak kita sangkakan.

Sekian. Terima kasih.

Mahasiswa Prihatin, Kebajikan Terjamin!

PERASMIAN MMTK 2010 DAN PENGENALAN MPP PERUBATAN SESI 2009/2010

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera daripada MPP anda!

      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan dan kelancaran program Perasmian Minggu Mesra Tahun Klinikal pada malam 28 Mei 2010 bertempat di Auditorium PPUKM.  Jutaan terima kasih buat para tetamu VIP iaitu Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy selaku Timbalan Dekan (Pengajian Pra Siswazah dan Hubungan Masyarakat) Fakulti Perubatan UKM,  saudara Mohamad  Azizuddin Fahmi Bin Nordin selaku YDP PERSIAP, saudara Mohamad Hafizzudin Bin Mohame Tahir selaku YDP JAKSA KTDI, saudara Syukri Hasim selaku Naib YDP JAKSA KTDI, dan semestinya para pelajar tahun 3 yang menghadirkan diri. Terima kasih juga buat 'senior' yang sudi hadir memeriahkan majlis. Setinggi-tinggi tahniah buat organisasi yang bertungkus-lumus menjayakan acara tersebut.

      Program bermula pada jam 8.30 malam dan dirasmikan oleh bonda Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy. Beliau titipkan mutiara kata yang sangat berharga tentang kepentingan untuk melatih diri bersifat rendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk di samping bersungguh-sungguh menimba ilmu sepanjang pengajian untuk bergelar doktor perubatan. 

       MPP Fakulti Perubatan, saudari Farih Najihah Hashim turut berucap dengan menyuarakan harapan agar warga baru PPUKM yakni mahasiswa perubatan tahun 3 akan terus bersemangat melibatkan diri dalam program sepanjang MMTK dan program-program anjuran badan-badan organisasi pelajar yang akan datang sebagai sokongan terhadap usaha murni untuk kebaikan bersama. 

       Hadirin turut diceriakan dengan gimik perasmian yang sesuai dengan tema orientasi kali ini iaitu "Menerokai Gerbang Klinikal". Prof. Dr. Zaleha menggunting riben perasmian serta menyarungkan 'white coat' kepada pelajar tahun 3 yang melangkah ke pintu gerbang sebagai simbolik tema minggu orientasi kali ini.

      Setelah Prof. Dr. Zaleha diiringi tetamu-tetamu VIP beredar untuk majlis jamuan, acara malam tersebut diikuti oleh program pengenalan MPP dan sesi ramah mesra yang mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar tahun 3. Penekanan diberikan terhadap Kempen 'Saya Mahasiswa Prihatin' yang merangkumi pendedahan tentang prosedur memohon bantuan Tabung Kebajikan UKM untuk membantu para pelajar yang memerlukan. MPP Umum, Alia Suzana Asri menegaskan jika bukan kita yang ditimpa musibah, maka jangan diabaikan rakan-rakan yang dalam kesusahan, pastikan kita berusaha membantu mereka sedaya mungkin dengan menggunakan saluran yang betul. 

      MPP juga mengajak adik-adik tahun 3 untuk sama-sama rmenyaksikan 'warna sebenar' doktor-doktor atau guru-guru yang dianggap 'garang'. Hakikatnya, mereka menanti para pelajar untuk mencurahkan ilmu mereka dengan harapan para pelajar mampu menjadi doktor yang cemerlang kelak. Akhirnya, program ringkas dan padat tersebut melabuhkan tirainya pada jam 10 malam. 

      Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda semua. Harapan kami agar anda aktif memberikan masukan yang membina untuk kesejahteraan bersama. Suara anda, tetap menjadi keutamaan kami kerana kami juga mahasiswa yang sama-sama mengejar kejayaan yang diimpikan. Semoga program yang telah dijalankan memberi manfaat buat semua dan mendapat redha Allah subhanahu wataala.


Selamat Menerokai Gerbang Klinikal!



IKHLAS dari KAMI MPP PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI!


Sunday, May 23, 2010

NOTA BUAT Guest54: PROGRAM TWINNING UKM-UNPAD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada saudara/i Guest54 yang menanyakan soalan berkenaan program Ijazah Doktor Perubatan UKM-UNPAD. Berikut adalah beberapa maklumat daripada MPP Umum, Alia Suzana Asri, berkenaan pengalaman sepanjang mengikuti kuliah melalui program ini.

Objektif program ini secara ringkas adalah untuk meramaikan bilangan doktor dari kalangan bumiputera,dan memperkukuhkan hubungan profesional dengan negara jiran yakni Indonesia. 

Pada 3 tahun pertama, saudara/i akan mengikuti pengajian di Fakulti Kedokteran UNPAD dalam aspek teori (termasuk latihan klinikal dan "viva"), berbeza dengan peruntukan waktu 2 tahun untuk teori di Malaysia. Jadi kurikulum juga lebih banyak berbanding pengajian teori di Fakulti Perubatan UKM. Manakala 3 tahun terakhir pula saudara/i akan menjadi 'dokter muda' di Pusat Perubatan UKM.

Fasa Temuduga

Temuduga MARA: Soalan-soalan merangkumi perspektif pelajar tentang bidang perubatan dan pengetahuan am yang berkaitan. Contohnya, 
"Why do you choose medicine?" 
"Do you have what it takes to be a doctor?"
"What specialty are you interested in and why?"
"Will you serve the country or rather working in the overseas?"
Selain itu, ada juga soalan tentang pengetahuan am seperti siapakah Menteri Kesihatan dan sebagainya. Memandangkan isu 'Doktor Cabut Lari' agak hangat sekarang, jadi mungkin saudara/i akan ditanya akan pandangan mengenai isu tersebut.

Temuduga UKM juga lebih kurang sama seperti soalan-soalan di atas. Tertakluk kepada panel Doktor yang bertanya.

Fasa 'Entrance Exam'

Soalan adalah berdasarkan subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik dalam bentuk aplikasi sepertimana yang telah saudara/i belajar sewaktu matrikulasi. Ada juga penilaian personaliti yang juga diambil kira untuk lulus ujian tersebut.


Para pelajar yang sudah mengikuti program ini sejak 4 tahun yang lepas rata-ratanya berpuas hati dengan program naungan UKM-UNPAD ini. Di Bandung, kami belajar untuk beradaptasi dengan keadaan dan budaya di sana, di samping menimba ilmu daripada Dosen/Pensyarah yang sangat mesra pelajar. Kebanyakannya adalah 'self centered learning'. Pensyarah tidak akan memberi jawapan atau maklumat bulat-bulat kepada pelajar. Sebaliknya, fakulti menggunakan pendekatan pemikiran kritis dan pembelajaran sepanjang hayat. Budaya "study group" telah kami hidupkan sejak dari awal memandangkan banyak yang perlu dibaca dan dipelajari dalam waktu yang singkat. Salah satu peperiksaan yang mengundang rasa 'kaget' adalah OSOCA atau ringkasnya, 'oral test'. Para pelajar akan diberikan satu senario atau kes dan pemeriksa akan menilai dari segi cara pelajar menganalisis, pengetahuan asas seperti embryology, anatomi, fisiologi, pathologi, farmakologi, 'Public Health', 'research' dan etika kedokteran.


Sekembalinya kami ke PPUKM untuk tahun klinikal, proses adaptasi sama seperti sebelumnya, tiada beza dengan rakan-rakan yang dari awal sudah menuntut di UKM. Kini, 'batch' pertama masih di tahun 4 dan insha Allah akan bergelar doktor 2 tahun dari sekarang, dengan 2 ijazah dari 2 universiti terkemuka.

DrMahasiswa mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa tidak kira di mana jua anda berada dalam mengejar impian menjadi seorang doktor, Insha Allah.

Semoga bermanfaat!

IKHLAS dari KAMI MPP PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
SUARA ANDA, KEUTAMAAN KAMI

MENEROKAI GERBANG TAHUN KLINIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Dr. Mahasiswa anda!


Alhamdullillah, pada hari semalam, kira-kira 39 orang pelajar tahun 3 fakulti perubatan UKM  dari program twinning UKM-UNPAD (2nd batch) telah pun mula mendaftar di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KTDI). Selamat pulang ke tanah air di ucapkan, di harapkan agar adik-adik dapat menyesuaikan diri dengan baik sekali di sini kerana ini mungkin kali pertama adik-adik menjejakkan kaki ke PPUKM. Pada minggu hadapan pula, KTDI bakal menyaksikan sekali lagi pendaftaran pelajar tahun 3, tetapi kali ini dari UKM Kampus Cawangan Kuala Lumpur (KCKL) pula.


Wah, meriah sungguh KTDI dengan kedatangan semua para pelajar baru tahun 3 yang bakal berjumlah lebih daripada 200 pelajar nanti! Kami di sini amat mengalu-alukan kedatangan adik-adik semua menyertai kami di tahun klinikal di PPUKM ini. Untuk makluman semua, ini merupakan tahun kedua di mana pelajar dari twinning program dan KCKL bakal bergabung menjadi satu. Seperti yang telah ditegaskan pada batch yang pertama, tiada lagi istilah pelajar KCKL atau pelajar twinning UKM-UNPAD. Yang ada hanyalah PELAJAR TAHUN 3 FAKULTI PERUBATAN UKM sessi 2010/2011.


Dengan itu kami harapkan adik-adik semua dapat bekerjasama dengan baik antara satu sama lain sebagai satu batch, seperti yang ditunjukkan oleh senior adik-adik batch pertama gabungan UKM KCKL dan UKM-UNPAD yang kini sedang menuntut di Tahun 4. Diharapkan juga agar semua para pelajar tahun 4 dan 5 dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik kepada adik-adik tahun 3 yang sedang menerokai gerbang tahun klinikal ini. :)

IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

Sunday, May 16, 2010

STRIVING TOWARDS AN ERA OF RESEARCH


           "Striving Towards an Era of Research" merupakan slogan yang digunakan bagi Special Study Module (SSM) ke-2 pada tahun ini. Di dalam modul ini, pelajar diuji dari segi kemahiran komunikasi, cara berfikiran kreatif, serta cara2 mengulas data dan maklumat.
        
          Segala titik peluh dan usaha gigih sejak dua sem yang lepas akan diakhiri dengan acara kemuncak pada  25 Mei 2010 dimana semua kajian akan dibentangkan di Auditorium, PPUKM. Dengan ini, kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha semua pelajar dalam usaha mereka selama ini serta All The Best for the upcoming presentation..


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

GOOD LUCK FOR ALL NURSING STUDENTS


Sempena exam yang mendatang, kami ingin mengucapkan All The Best kepada semua pelajar nursing yang akan menjalani peperiksaan mulai minggu hadapan..


Prepare your weapon and get ready for the upcoming battle. May god bless you all...

SELAMAT HARI GURU!

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Doktor Mahsiswa anda!

Bersempena HARI GURU yang bebahagia ini, kami dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua tenaga pendidik di Malaysia, khususnya kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang telah mengajar kami sejak dari bangku sekolah lagi sehiunggalah ke peringkat universiti kini.


Mungkin saja kami tidak segigih Imam al-Ghazali dalam menuntut ilmu pengetahuan yang diberikan olehmmu, wahai guru-guru dan pensyarah-pensyarah kami. Namun keyakinan dan ketabahan yang telah ditonjolkan dalam usaha mendidik kami menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, persis Sang Murabbi: Ustaz Rahmat Abdullah, akan kami hargai dan ingin kami balas suatu hari nanti, insyaALLAH.


Janganlah jenuh mendidik kami kerana sesungguhnya kami, dahagakan ilmu daripada anda semua. Menjadi doktor adalah satu pekerjaan yang mulia, apatah lagi menjadi seorang pendidik yang melahirkan para doktor melalui hasil didikannya. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t sahajalah yang dapat membalas segala usaha, kepayahan dan penat lelah guru-guru dan pensyarah-pensyarah kami.


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA


Saturday, May 8, 2010

PERTUKARAN SESI PENGAJIAN UMUM UKM-UNPAD LULUS

   Tahun klinikal adalah sesi pengajian yang mencabar bagi semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan. Bagi mahasiswa Program Ijazah Perubatan UKM-UNPAD, dalam kesibukan mengejar waktu sepanjang tahun klinikal, mereka juga dibebani dengan pelbagai kelas dan tugasan subjek Pengajian Umum iaitu ZT dan HM pada hari Sabtu hampir setiap minggu. 

   Hal ini mendatangkan pelbagai masalah kepada mahasiswa terutamanya bagi yang 'on-call' dan mempunyai komitmen dalam beberapa program anjuran fakulti atau kolej pada hari kuliah tersebut. Sehubungan dengan itu, MPP Mahasiswa membawa suara mereka kepada Timbalan Dekan Akademik Fakulti Perubatan UKM. Permohonan itu mendapat sambutan yang baik daripada pihak fakulti dan fakulti telah bersetuju untuk merombak kembali jadual Pengajian Umum bagi mahasiswa Ijazah Perubatan UKM-UNPAD. 

   Rombakan ini tidak merangkumi kesemua mahasiwa UKM-UNPAD, tetapi hanya dapat diaplikasi pada mahasiswa yang berada di tahun pra-klinikal sekarang yakni tahun 2 dan 3 di Bandung memandangkan kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

   MPP Mahasiswa memuji tindakan pihak fakulti yang sangat mengambil kira kebajikan mahasiswa seluruhnya. Harapan kami agar dengan anjakan ini, mahasiswa UKM-UNPAD yang akan menjejakkan kaki ke PPUKM kelak mampu meningkatkan prestasi dengan lebih baik dengan kemudahan masa yang ada berbanding 'senior' yang sedang berjuang sekarang.

 IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
"SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI"

JADUAL PENGAJIAN UMUM PROGRAM IJAZAH PERUBATAN UKM-UNPAD



Berikut adalah jadual bagi subjek Pengajian Umum bagi mahasiswa Program Ijazah Perubatan UKM-UNPAD sepanjang sesi pengajian tahun 2010:

Jadual subjek ZT 2393 (Pengurusan Masa)

8 Mei (Ditunda ke bulan Ogos)
15 Mei
22 Mei
29 Mei
5 Jun
12 Jun
19 Jun


(26 Jun - 4 Julai Cuti Mid Sem)


10 Julai
17 Julai
24 Julai
31 Julai

Tempat: Dewan Kuliah 1 atau 2 
Masa: 9 - 11 pagi

Jadual ZT 1033 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia)
19 Jun
26 Jun
3 Julai
10 Julai


(7 Ogos - 15 Ogos Cuti Mid Sem)


18 September
25 September
2 Oktober


Tempat: Dewan Kuliah 1 atau 2
Masa: 9 pagi-1 petang




Mahasiswa Program Ijazah Perubatan UKM-UNPAD diharapkan agar dapat hadir walaupun sibuk dengan pengajian di dalam tahun klinikal. Semoga masa yang diluangkan menjadi manfaat buat semua.

IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

FENOMENA DOKTOR CABUT LARI

dipetik daripada http://www.utusan.com.my/ Arkib 4 Mei 2010




Ramai lulusan perubatan UKM ‘lari’ bekerja di Singapura



Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
saiful.sahak@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 3 Mei – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semakin ramai siswazah perubatannya ditawarkan kerajaan Singapura untuk berkhidmat di hospital negara itu dengan tahun ini sahaja seramai 20 orang telah berbuat demikian.


Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, dijangkakan seramai 80 lagi akan mengikuti jejak kumpulan itu dan jika ini berlaku ia pasti merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar membiayai universiti awam.


Sehubungan itu, beliau meminta siswazah perubatan UKM mengutamakan semangat nasionalis dengan berbakti kepada rakyat negara ini dan bukannya mengejar tawaran gaji lumayan di negara asing.


“Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran dari kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu.


“Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura (RM6,187) manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan.


“Walaupun ganjaran agak rendah berbanding Singapura, mereka perlu bangga berkhidmat di negara sendiri,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Asia Pasifik Sains Pertuturan, Bahasa dan Pendengaran anjuran Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan UKM di sini hari ini.