Alhamdullillah, pada hari semalam, kira-kira 39 orang pelajar tahun 3 fakulti perubatan UKM dari program twinning UKM-UNPAD (2nd batch) telah pun mula mendaftar di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KTDI). Selamat pulang ke tanah air di ucapkan, di harapkan agar adik-adik dapat menyesuaikan diri dengan baik sekali di sini kerana ini mungkin kali pertama adik-adik menjejakkan kaki ke PPUKM. Pada minggu hadapan pula, KTDI bakal menyaksikan sekali lagi pendaftaran pelajar tahun 3, tetapi kali ini dari UKM Kampus Cawangan Kuala Lumpur (KCKL) pula.
Wah, meriah sungguh KTDI dengan kedatangan semua para pelajar baru tahun 3 yang bakal berjumlah lebih daripada 200 pelajar nanti! Kami di sini amat mengalu-alukan kedatangan adik-adik semua menyertai kami di tahun klinikal di PPUKM ini. Untuk makluman semua, ini merupakan tahun kedua di mana pelajar dari twinning program dan KCKL bakal bergabung menjadi satu. Seperti yang telah ditegaskan pada batch yang pertama, tiada lagi istilah pelajar KCKL atau pelajar twinning UKM-UNPAD. Yang ada hanyalah PELAJAR TAHUN 3 FAKULTI PERUBATAN UKM sessi 2010/2011.
Dengan itu kami harapkan adik-adik semua dapat bekerjasama dengan baik antara satu sama lain sebagai satu batch, seperti yang ditunjukkan oleh senior adik-adik batch pertama gabungan UKM KCKL dan UKM-UNPAD yang kini sedang menuntut di Tahun 4. Diharapkan juga agar semua para pelajar tahun 4 dan 5 dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik kepada adik-adik tahun 3 yang sedang menerokai gerbang tahun klinikal ini. :)
IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA
No comments:
Post a Comment
mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"