Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Sunday, May 23, 2010

NOTA BUAT Guest54: PROGRAM TWINNING UKM-UNPAD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada saudara/i Guest54 yang menanyakan soalan berkenaan program Ijazah Doktor Perubatan UKM-UNPAD. Berikut adalah beberapa maklumat daripada MPP Umum, Alia Suzana Asri, berkenaan pengalaman sepanjang mengikuti kuliah melalui program ini.

Objektif program ini secara ringkas adalah untuk meramaikan bilangan doktor dari kalangan bumiputera,dan memperkukuhkan hubungan profesional dengan negara jiran yakni Indonesia. 

Pada 3 tahun pertama, saudara/i akan mengikuti pengajian di Fakulti Kedokteran UNPAD dalam aspek teori (termasuk latihan klinikal dan "viva"), berbeza dengan peruntukan waktu 2 tahun untuk teori di Malaysia. Jadi kurikulum juga lebih banyak berbanding pengajian teori di Fakulti Perubatan UKM. Manakala 3 tahun terakhir pula saudara/i akan menjadi 'dokter muda' di Pusat Perubatan UKM.

Fasa Temuduga

Temuduga MARA: Soalan-soalan merangkumi perspektif pelajar tentang bidang perubatan dan pengetahuan am yang berkaitan. Contohnya, 
"Why do you choose medicine?" 
"Do you have what it takes to be a doctor?"
"What specialty are you interested in and why?"
"Will you serve the country or rather working in the overseas?"
Selain itu, ada juga soalan tentang pengetahuan am seperti siapakah Menteri Kesihatan dan sebagainya. Memandangkan isu 'Doktor Cabut Lari' agak hangat sekarang, jadi mungkin saudara/i akan ditanya akan pandangan mengenai isu tersebut.

Temuduga UKM juga lebih kurang sama seperti soalan-soalan di atas. Tertakluk kepada panel Doktor yang bertanya.

Fasa 'Entrance Exam'

Soalan adalah berdasarkan subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik dalam bentuk aplikasi sepertimana yang telah saudara/i belajar sewaktu matrikulasi. Ada juga penilaian personaliti yang juga diambil kira untuk lulus ujian tersebut.


Para pelajar yang sudah mengikuti program ini sejak 4 tahun yang lepas rata-ratanya berpuas hati dengan program naungan UKM-UNPAD ini. Di Bandung, kami belajar untuk beradaptasi dengan keadaan dan budaya di sana, di samping menimba ilmu daripada Dosen/Pensyarah yang sangat mesra pelajar. Kebanyakannya adalah 'self centered learning'. Pensyarah tidak akan memberi jawapan atau maklumat bulat-bulat kepada pelajar. Sebaliknya, fakulti menggunakan pendekatan pemikiran kritis dan pembelajaran sepanjang hayat. Budaya "study group" telah kami hidupkan sejak dari awal memandangkan banyak yang perlu dibaca dan dipelajari dalam waktu yang singkat. Salah satu peperiksaan yang mengundang rasa 'kaget' adalah OSOCA atau ringkasnya, 'oral test'. Para pelajar akan diberikan satu senario atau kes dan pemeriksa akan menilai dari segi cara pelajar menganalisis, pengetahuan asas seperti embryology, anatomi, fisiologi, pathologi, farmakologi, 'Public Health', 'research' dan etika kedokteran.


Sekembalinya kami ke PPUKM untuk tahun klinikal, proses adaptasi sama seperti sebelumnya, tiada beza dengan rakan-rakan yang dari awal sudah menuntut di UKM. Kini, 'batch' pertama masih di tahun 4 dan insha Allah akan bergelar doktor 2 tahun dari sekarang, dengan 2 ijazah dari 2 universiti terkemuka.

DrMahasiswa mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa tidak kira di mana jua anda berada dalam mengejar impian menjadi seorang doktor, Insha Allah.

Semoga bermanfaat!

IKHLAS dari KAMI MPP PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~
SUARA ANDA, KEUTAMAAN KAMI

3 comments:

  1. bagaimana hendak menyertai program ini?
    apa syarat2 yg diperlukan?

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya sekarang saya merupakan pelajar semester 1 Program diploma sains tulen di UPSI....tapi saya berminat utk sambung dalam ijazah doktor perubatan.Adakah b0leh saya mem0h0n pr0gram ini dgn menggunakan diploma saya kelak......

    ReplyDelete
  3. Maaf, program berkembar antara ukm dan unpad hanya selama 5 tahun sahaja. pengambilan terakhir adalah pada tahun lepas.

    Awak boleh memohon pengajian perubatan di uni tempatan, tetapi mestilah memenuhi syarat2 yang telah ditetapkan.

    maaf kerana lambat membalas komen kamu.

    ReplyDelete

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"