Rakan MPP FPer

Barisan PMUKM Sesi 2012/2013

Friday, February 25, 2011

Terima kasih


Pilihanraya kampus bagi sesi 2010/2011 telahpun berakhir pada 21 Februari 2011. Alhamdulillah, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah berjaya menang majoriti dengan memenangi 22 kerusi berbanding lawan yang memenangi 15 kerusi. Satu dari kerusi tersebut adalah dari Fakulti Perubatan UKM yang telah dimenangi GM sejak 2 tahun berturut-turut.

Setinggi-tinggi penghargaan buat rakan-rakan mahasiswa yang telah memberi kepercayaan penuh kepada calon mahasiswa untuk terus menerajui tampuk kepimpinan di Fakulti Perubatan. Semoga segala yang dilakukan mendapat redha dari Allah.

"Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."
Hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmidhi, Abu Dawud dan Ahmad

No comments:

Post a Comment

mahasiswa berhak bersuara. lontarkan suara anda si sini.
"YOUR VOICE IS MY VOICE!"